Berita Harian

RHB, MRCA jalin usaha sama sokong peruncit, PKS

-

RHB Banking Group (RHB) menjalin kerjasama dengan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) untuk menyokong lebih 400 pengusaha perniagaan runcit, francaisor serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pameran Runcit dan Francais Antarabang­sa Malaysia (MIRF) 2019.

Acara yang berlangsun­g pada 18 hingga 20 Julai lalu itu menyaksika­n penjanaan perolehan perniagaan lebih RM72 juta berbanding penganjura­n pada 2018 yang mencatatka­n lebih RM65 juta.

Pameran bertema ‘Masa Depan Francais’ itu adalah platform pertumbuha­n untuk membantu membentuk dan menyediaka­n model perniagaan baharu selain strategi inovatif untuk perniagaan tempatan, runcit antarabang­sa dan francais.

Ketua Perniagaan dan Perbankan Transaksi Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo, berkata pihaknya dapat mencapai pengusaha perniagaan rantaian runcit Malaysia terkemuka, serta pemilik francais, bagi meningkatk­an lagi kadar penembusan segmen PKS di Malaysia menerusi MIRF.

“RHB akan terus mengetenga­hkan penyelesai­an dan produk bercirikan mesra perniagaan yang memudahkan perniagaan di samping membantu PKS mengoptimu­mkan sumber, meningkatk­an produktivi­ti serta memperkuku­h daya saing mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden MRCA, Datuk Seri Garry Chua berkata persatuan mempunyai obligasi dalam industri dan komuniti berkenaan serta masyarakat untuk menganjurk­an MIRF dan Persidanga­n Runcit MRCA bertujuan memberikan pendedahan serta peluang kerjasama, perkongsia­n dan rangkaian.

“Saya juga yakin semua ini adalah tanggungja­wab kami untuk memastikan semua pihak dalam industri runcit dan francais mempunyai peluang saksama dalam pasaran,” katanya.

MIRF 2019 menarik 11,000 pengunjung terdiri pemilik perniagaan, syarikat pemula niaga baharu dan individu di samping menerima penyertaan delegasi dari 10 negara.

 ??  ?? Garry Chua
Garry Chua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia