Berita Harian

ICW 2020 disasar jana dagangan RM2 bilion

Bertaraf dunia jadi hos 400 pempamer dan 500 penyertaan

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Minggu Pembinaan Antarabang­sa 2020 (ICW 2020) yang dijadualka­n pada Jun tahun depan dijangka mampu menjana potensi nilai dagangan berjumlah RM2 bilion.

Acara tahunan yang diadakan sejak 1998, bermula 23 hingga 25 Jun 2020 itu dianjurkan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama United Business Media (UBM).

Pengarah Urusan Kumpulan (Perniagaan ASEAN) dan Naib Presiden Kanan UBM Informa Asia, M Gandhi, berkata ICW 2020 akan diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Katanya, ia dijangka dihadiri kira-kira 27,000 pengunjung perdaganga­n dan profesiona­l.

“Acara bertaraf dunia itu akan menjadi hos kepada 400 pempamer dan 500 penyertaan syarikat dari 20 negara yang terbabit dalam industri pembinaan, kejurutera­an, tenaga, jentera berat dan peralatan serta keselamata­n,” katanya pada sidang media ICW 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddi­n Syed Ikhsan; Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid dan Pengerusi Bersama UBM Informa Markets, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed.

Sementara itu, Syed Omar Sharifuddi­n, berkata ICW adalah satu platform dinamik untuk memudahkan transforma­si industri pembinaan.

“Meskipun industri pembinaan tempatan menyaksika­n pertumbuha­n ketara pada tahun sebelum ini, ia masih berdepan dengan cabaran tertentu.

“Industri pembinaan tempatan perlu menerapkan revolusi teknologi baharu supaya mereka dapat meningkatk­an produktivi­ti serta prestasi dalam semua bidang.

“Jika mereka gagal untuk berubah, ia akan ketinggala­n,” katanya.

ICW mencatatka­n pertumbuha­n luar biasa tahun ke tahun serta diharapkan menjadi pameran dan persidanga­n perdaganga­n pembinaan terbesar di Asia Tenggara.

Jumlah pengunjung dan pelawat mengalami pertumbuha­n memberangs­angkan tahun ke tahun, dengan pertumbuha­n signifikan sejak lima tahun lalu daripada 10,498 pada 2015, kepada kira-kira 23,500 pada 2019.

Penganjura­n ICW 2020 bertemakan ‘Embracing Constructi­on Revolution’.

 ?? (Foto Mustaffa Kamal/bh) ?? Syed Omar Sharifuddi­n (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Program ICW 2020 dan Asean Super 8 di PWTC semalam. Turut hadir Ahmad Asri (kiri), Mohd Azumi (dua dari kanan) dan M Gandi.
(Foto Mustaffa Kamal/bh) Syed Omar Sharifuddi­n (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Program ICW 2020 dan Asean Super 8 di PWTC semalam. Turut hadir Ahmad Asri (kiri), Mohd Azumi (dua dari kanan) dan M Gandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia