Berita Harian

Aker perluas peluang PKS tempatan

-

Gergasi minyak dan gas dari Norway, Aker Solutions memperluas­kan peluang rantaian bekalannya, meliputi lebih 20 negara, kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Ini susulan kerjasama sumber global baharunya dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Pengarah Urusan dan Pengurus Malaysia dan Brunei Aker Solutions, Hatta Kamaruzzam­an, berkata bidang tumpuannya ialah produk dan perkhidmat­an yang diperlukan oleh syarikat multinasio­nal, seperti pemesinan kompleks dan sederhana kompleks, salutan, lapisan dan fabrikasi.

“Kami fikir mungkin terdapat padanan. Terdapat peringkat kelayakan kerana untuk menjadi pembekal dalam industri minyak dan gas, banyak standard yang perlu mereka capai.

“Kami juga perlu melihat kepada jenis sokongan yang diperlukan oleh syarikat ini untuk mencapai piawaian berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengumumka­n kerjasama itu di Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah kerjasama dengan MATRADE, sebanyak 35 syarikat disenarai pendek untuk menyertai program libat urus padanan perniagaan dan sesi bengkel, dengan pelbagai kumpulan perolehan dalam Aker Solutions.

Taklimat dan bengkel yang dianjurkan membolehka­n peserta, dari pelbagai sektor termasuk bukan minyak dan gas seperti automotif, elektrik dan elektronik, logistik, perubatan dan aeroangkas­a memahami keperluan sumber Aker Solutions dan menjadi sebahagian daripada rangkaian rantaian bekalan syarikat itu.

“Libat urus kami dengan pembekal Malaysia yang sedia ada dan berpotensi merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk membangunk­an kecekapan tempatan dan menawarkan peluang kepada industri tenaga,” kata Hatta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Sharimahto­n Mat Salleh berkata program itu akan memberikan dorongan kepada sektor minyak dan gas tempatan untuk mencari pelanggan dan pasaran baharu, dengan landskap yang amat kompetitif disebabkan harga minyak mentah yang rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia