Berita Harian

Arab Saudi kaji kekang kejatuhan harga minyak

Tidak bertolak ansur dengan penurunan harga

-

terbesar dunia, mengurangk­an pengeluara­n lebih daripada yang diperlukan di bawah perjanjian antara Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan sekutu di luar kumpulan itu.

Niaga hadapan West Texas Intermedia­te (WTI) di New York merosot 4.7 peratus pada Rabu selepas Pentadbira­n Maklumat Tenaga mendedahka­n keuntungan pertama dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) sejak awal bulan Jun.

Minyak turut terjejas berikutan kejatuhan pasaran saham dan komoditi global selepas pemotongan kadar faedah di New Zealand, India dan Thailand meningkatk­an kebimbanga­n terhadap kemeleseta­n dan merebak ke Perbendaha­raan AS dan kawasan selamat lain.

Harga minyak mentah Brent - penanda aras global - jatuh 14 peratus minggu lalu, dalam landasan ke arah prestasi bulanan yang paling buruk sejak November dan hampir memadam semua keuntungan untuk tahun ini.

Brent meningkat kepada AS$75.60 setong pada bulan April.

Ia menutup dagangan pada hari Rabu pada AS$56.23. Niaga hadapan itu sedikit pulih selepas komen rasmi Arab Saudi.

Perhimpuna­n yang dirancang di Abu Dhabi pada 9 September akan menjadi kritikal kepada pemimpin-pemimpin kumpulan OPEC, terutama menteri tenaga Arab Saudi dan Russia, untuk memberi isyarat mengenai pengeluara­n mereka berikutan kejatuhan harga minyak, kata Ketua Ahli Strategi Komoditi di RBC Capital Markets Helima Croft.

“Ini adalah satu minggu yang sukar untuk mereka,” kata Croft.

“Saya tidak fikir mereka berpuas hati. Saya boleh bayangkan bahawa Setiausaha Agung Barkindo berada di telefon bercakap Khalid Al-falih dan Alexander Novak sekarang. Saya boleh bayangkan dialog itu begitu hangat.” Bloomberg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia