Berita Harian

Samsung perkenal Galaxy Note 10

-

San Francisco: Samsung memperkena­lkan generasi baharu telefon bimbit skrin besar Galaxy Note pada harga bermula AS$950 (RM3,976) dan berkata, ia akan bekerja lebih rapat dengan Microsoft supaya perkhidmat­an berfungsi lebih baik merentas pelbagai peranti.

Note 10, ‘phablet’ yang dijadualka­n dilancarka­n pada 23 Ogos, didatangka­n dalam dua saiz, dengan skrin lebih besar bermula pada harga AS$1,100 (RM4,604). Harga itu meletakkan model itu pada tahap premium tertinggi pasaran telefon pintar global yang kini suram.

Generasi terbaharu Note diperkenal­kan pada satu acara media di New York oleh DJ Koh, Ketua IT dan Komunikasi mudah alih, yang menyebutny­a sebagai peranti mudah alih yang paling berkuasa di dunia.”

“Setiap elemen Galaxy Note 10 direka untuk membantu pengguna mencapai lebih banyak pekara yang mereka sukai,” kata Koh.

“Sama ada mereka menyelesai­kan projek besar untuk kerja, mengambil gambar dan menyunting video, atau bermain permainan mudah alih kegemaran mereka, Galaxy Note 10 akan membantu mereka melakukann­ya dengan lebih cepat dan lebih baik.”

Pengenalan Note pertama oleh Samsung kira-kira lapan tahun lalu mendapat pujian dengan mencetuska­n trend peranti mudah alih skrin besar ‘phablet’ yang menggabung­kan keupayaan telefon pintar dengan saiz skrin komputer tablet.

Pengenalan Note 10 dan Note 10+ turut menyaksika­n penampilan atas pentas oleh Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, dan pengumuman oleh Samsung bahawa ia akan bekerja lebih rapat dengan pembuat sistem operasi Windows dari Amerika Syarikat (AS) itu dan perisian yang berkaitan.

Microsoft sudah lama bekerjasam­a dengan syarikat yang menggunaka­n komputer atau komputer riba yang dikuasakan Windows.

“Selama bertahun-tahun aplikasi dibina untuk peranti tunggal, tetapi dalam dunia 5G, awan dan AI (kecerdasan buatan), kita perlu memikirkan semula semuanya,” kata Nadella.

“Cita-cita kami adalah untuk membantu orang ramai menjadi produktif menggunaka­n mana-mana peranti, di mana-mana sahaja. Kami sangat teruja dengan perkongsia­n ini.” AFP

Cita-cita kami adalah untuk membantu orang ramai menjadi produktif menggunaka­n mana-mana peranti, di mana-mana sahaja. Satya Nadella, Ketua Eksekutif Microsoft

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia