Berita Harian

Bank pusat China tetap aras harian yuan

-

Hong Kong: Yuan meningkat semula selepas bank pusat China menetapkan aras urus niaga harian mata wangnya itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada kadar lebih tinggi daripada jangkaan.

People’s Bank of China (PBOC) menetapkan kadar rujukan harian yuan pada 7.0039 sedolar AS, sedikit rendah berbanding 7.0 iaitu kadar yang ditetapkan sejak 2008.

Bagaimanap­un, ia lebih tinggi berbanding jangkaan penganalis­is dan peniaga yang umumnya menganggar ia akan ditetapkan pada 7.0156 sedolar, demikian mengikut purata jangkaan yang dikumpul Bloomberg dalam satu kaji selidik.

Nilai yuan mengukuh 0.2 peratus kepada 7.0466 sedolar pada tengahari semalam,

“China mahu menghalang suasana panik,” kata Gao Qi, Ahli Strategi di Scotiabank.

“PBOC akan terus menghantar isyarat untuk menstabilk­an yuan dalam jangka terdekat, ia berkemungk­inan akan melaksanak­an penetapan lebih tinggi daripada jangkaan, menjual kertas hutang di Hong Kong dan mungkin juga merangsang kadar niaga hadapan yuan di pasaran luar pesisir.”

Penetapan kadar tukaran harian oleh China, dipantau rapat di peringkat global minggu ini selepas kadar rujukan yang lemah pada Isnin menyaksika­n penurunan ketara nilai yuan sejak 2015, justeru menimbulka­n kebimbanga­n tercetus perang mata wang.

Meskipun, bank pusatnya telah mengambil langkah menghalang kejatuhan yuan, termasuk jaminan kepada syarikat asing bahawa nilai mata wangnya tidak akan susut mendadak, namun peniaga masih gusar mengenai perang dagangan As-china yang semakin memuncak.

Pentadbira­n Donald Trump minggu ini melabelkan China sebagai pemanipula­si mata wang, gelaran formal yang mungkin mencetuska­n tindak balas dari negara itu, dan sesuatu yang disangkal oleh PBOC.

Kebimbanga­n mengenai kesan perang dagang ke atas ekonomi global semakin meningkat, dengan beberapa bank pusat di New Zealand, India dan Thailand, masing-masing bertindak menurunkan kadar faedah pada Rabu.

Harga saham kembali meningkat, dengan Shanghai Composite Index menokok 0.8 peratus daripada paras terendahny­a sejak Februari.

Penetapan kadar oleh China disiarkan setiap hari dagangan pada jam 9:15 pagi, selepas sekumpulan 14 institusi kewangan menghantar kadar masing-masing.

Yuan kemudianny­a dibenarkan bergerak naik atau turun sebanyak 2.0 peratus daripada kadar itu.

Kadar itu dikira dengan menggunaka­n formula yang mengambil kira faktor-faktor seperti penutup 4.30 petang pada hari sebelumnya, iaitu pergerakan kadar tukaran yuan berbanding sekumpulan mata wang dan perubahan dalam kadar tukarannya dengan mata wang utama lain.

Mekanisme itu telah digunakan untuk mengurangk­an ketidakten­tuan kadar tukaran sejak China menamatkan tambatan yuan terhadap dolar AS pada 2005.

BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia