Berita Harian

Bursa ditutup lebih tinggi

FBM KLCI naik 11.32 mata untuk ditutup pada 1,616.02

-

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, seiring prestasi pasaran serantau dan di tengah-tengah pengumuman data dagangan China pada Julai yang lebih baik daripada jangkaan awal.

Sewaktu ditutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.71 peratus atau 11.32 mata kepada 1,616.02 berbanding 1,604.7 pada Rabu.

Indeks utama itu yang susut 2.48 mata kepada 1,607.18 sewaktu dibuka, berlegar dalam lingkungan 1,605.84 dan 1,620.65 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 508 berbanding 296 manakala 401 kaunter lain tidak berubah, 699 tidak didagangka­n dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 2.12 bilion unit bernilai RM1.52 bilion berbanding 2.57 bilion unit bernilai RM2.56 bilion pada Rabu.

Eksport China meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun iaitu terpantas sejak Mac namun importnya berkuranga­n 5.6 peratus.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.48 peratus kepada 26,120.77, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.37 peratus kepada 20,593.35 manakala Indeks Straits Times Singapura turun 0.47 peratus kepada 3,169.86.

Sementara itu, saham berwajaran tinggi menyaksika­n Maybank untung dua sen kepada RM8.62, Public Bank naik 14 sen kepada RM21.42, Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM7.30 manakala TNB, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM13.84, RM5.75 dan RM5.06.

Bagi saham aktif, Datasonic naik 7.5 sen kepada 80 sen, Genting Malaysia menokok lima sen kepada RM3.23, Smtrack meningkat satu sen kepada 20 sen, KNM dan Iris Corp tidak berubah masing-masing pada 39.5 sen dan 16 sen manakala Eduspec berkuranga­n satu sen kepada 5.6 sen dan Netx turun setengah sen kepada 1.5 sen.

Indeks FBM Emas meraih 80.67 mata kepada 11,440.07, Indeks FBMT 100 meningkat 77.79 mata kepada 11,273.4 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 91.85 mata kepada 11,928.01.

FBM 70 pula menambah 93.64 mata kepada 14,279.49dan FBM Ace meningkat 73.93 mata kepada 4,652.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan naik 76.21 mata kepada 15,857.32, Indeks Perladanga­n melonjak 127.89 mata kepada 6,757.21 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri menambah 0.71 peratus kepada 151.61.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.14 bilion saham bernilai RM1.35 bilion berbanding 1.58 bilion saham bernilai RM2.39 bilion pada Rabu.

Waran pula susut kepada 409.73 juta unit bernilai RM100.12 juta daripada 506.23 juta unit bernilai RM110.52 juta, semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 569.73 juta saham bernilai RM64.81 juta berbanding 482.21 juta saham bernilai RM50.46 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 199.55 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmat­an industri (134.39 juta), pembinaan (91.58 juta), teknologi (168.25 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (34.72 juta) 62.06 juta), perladanga­n (8.32 juta), REIT (11.83 juta), dana tertutup (9,100), tenaga (252.34 juta), penjagaan kesihatan (29.12 juta), telekomuni­kasi dan media (104.55 juta), pengangkut­an dan logistik (25.81 juta) dan utiliti (15.23 juta). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia