Berita Harian

Lelaki menyamar Setiausaha Sulit Agong ditahan

-

Kuala Lumpur: Dua lelaki termasuk seorang ahli perniagaan yang mendakwa mempunyai gelaran Datuk Seri dan bekerja sebagai Setiausaha Sulit Yang di-pertuan Agong serta Penasihat Istana Negara ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan RM100,000.

Seorang lagi suspek yang juga pegawai kanan polis bantuan berpangkat Asisten Superinten­dan (ASP) bertindak sebagai orang tengah dalam kes jenayah berkenaan.

Taktik penipuan digunakan dua lelaki itu ialah mendesak pembayaran RM100,000 untuk menyelesai­kan aset pembekuan Istana Sarawak bernilai RM1.8 juta dan dijanjikan pulangan yang lebih lumayan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad, berkata hasil siasatan, ahli perniagaan berusia 26 tahun itu ditahan di Temerloh, Pahang, semalam manakala anggota polis, 31, diberkas di Kajang, kelmarin.

“Mangsa wanita berusia 30-an membuat pembayaran RM50,000 secara tunai kepada anggota polis berkenaan manakala baki bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank diberikan lelaki itu.

“Bayaran itu kononnya akan diberikan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang kemudian akan menyelesai­kan masalah pembekuan itu dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Roslan Bek berkata, permohonan reman terhadap suspek berkenaan akan dibuat hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mangsa wanita berusia 30-an membuat pembayaran RM50,000 secara tunai kepada anggota polis berkenaan manakala baki bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank diberikan lelaki itu.

Roslan Bek Ahmad, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia