Berita Harian

Sisa makanan jadi baja kompos

Melaka kerjasama dengan UTM teroka teknologi pintar

- Oleh Fairuz Zaidan fairuzaida­n@nstp.com.my

Ayer Keroh: Melaka mahu meneroka kerjasama pintar dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi merintis kaedah pengurusan lebihan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, menerusi kerjasama itu kerajaan negeri dapat menjimatka­n kira-kira RM24 juta daripada keseluruha­n RM60 juta setahun yang dibelanjak­an bagi pengurusan sisa pepejal dengan menggantik­an lebihan sisa makanan kepada program baja kompos.

Beliau berkata, usaha itu sebelum ini sudah dimulakan peringkat negeri, termasuk program pengumpula­n sisa makanan oleh SWM Environmen­t untuk menghasilk­an baja kompos.

Katanya, ia akan diperluask­an pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kepakaran UTM terbukti apabila apabila dapat memproses sisa makanan menjadi baja kompos dalam masa sehari, berbanding kaedah konvension­al baja kompos dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

“Kita akan maksimumka­n penggunaan ini (program baja kompos) supaya kerajaan tidak membelanja­kan kos yang banyak bagi menguruska­n sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Negeri dan Pelancaran Kempen #Inirumahki­ta di Dewan Seri Negeri, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Adly berkata, DUN Bukit Katil juga akan menjadi projek perintis bagi program baja kompos itu menerusi gerak kerja di setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), sebelum memperluas­kan program sama di setiap DUN menjelang akhir tahun.

Mengenai kempen #Inirumahki­ta yang dicetuskan kerajaan negeri, Adly berkata, kempen kebersihan dan kesedaran itu mengajak rakyat bahawa negeri ini adalah sebahagian daripada tempat kediaman dan perlu dijaga kebersihan­nya sama seperti menjaga kebersihan di rumah sendiri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia