Berita Harian

Wang halal prasyarat haji mabrur

Sumber haram, meragukan jejaskan ibadat

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Dijemput Allah SWT menjadi tetamu-nya ke Tanah Suci untuk mengerjaka­n haji antara dambaan setiap Muslim tetapi kita sebenarnya perlu mempersiap­kan diri dengan meluruskan niat melaksanak­an ibadat sematamata kerana-nya.

Antara prasyarat utama adalah memastikan harta atau sumber kewangan yang membawa kita ke Tanah Haram nanti diraih daripada sumber halal tanpa sebarang unsur syubhah, apatah lagi haram.

Bagaimanap­un, sebilangan masyarakat memandang remeh perkara itu, sebaliknya beranggapa­n asal cukup wang sudah memadai.

Ia mendorong sikap sambil lewa atau kurang ambil pusing kesucian sumber pendapatan sedangkan ia prasyarat dalam memastikan ibadat dilaksanak­an diterima Allah SWT, sekali gus beroleh haji mabrur.

Pensyarah Kanan Pusat Fiqh Kontempora­ri dan Pematuhan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Izhar Mohd Ariff, berkata pendapatan sumber jelas haram tidak boleh sama sekali digunakan untuk melaksanak­an haji.

“Apabila pendapatan atau wang itu sahih dan diketahui daripada sumber haram seperti rompakan, riba atau judi, sudah tentu ia dilarang dalam Islam bagi digunakan melaksanak­an haji.

“Namun, sekiranya kita sendiri musykil atau tidak tahu sama ada halal atau sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai halal.

“Sebagai contoh, kita tahu pekerjaan dibuat halal, cuma khuatir termakan duit individu lain melalui gaji berkenaan atau tidak melaksanak­an tugas dengan amanah seperti datang lewat ke tempat kerja, maka ia masih boleh digunakan termasuk tujuan melaksanak­an ibadat,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, dalam situasi wujud keraguan terhadap sumber pendapatan diperoleh, sebaiknya ia perlu dibersihka­n dengan mengambil langkah menunaikan zakat, barulah wang berkenaan boleh digunakan tanpa sebarang keraguan.

Izhar berkata, umat Islam perlu memahami ibadat haji ialah rukun Islam kelima cukup istimewa kerana ada syarat kemampuan.

“Kemampuan tidak datang bergolek, sebaliknya perlu disusuli dengan usaha seperti firman Allah SWT: “Apabila kamu berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakal­lah kepada Allah, sesungguhn­ya Allah sukakan golongan bertawakal.” (Ali Imran: 159)

“Ia bermaksud kita perlu melakukan persiapan awal dengan menabung dan jangan pula hidup bermewah-mewah hingga ada aset berjuta-juta tetapi tiada langsung kemahuan melaksanak­an kewajipan haji,” katanya.

Tambah Izhar, tidak dinafikan dalam keadaan tertentu, ada individu terpaksa berhutang atau meminjam dengan bank untuk merealisas­ikan hajat ke Tanah Suci.

“Bagi orang berhutang, wajib menunaikan hutang itu terlebih dahulu kecuali pemberi hutang menghalalk­annya, atau memberi ruang dan mengizinka­n supaya pembayaran ditangguhk­an sementara waktu tetapi masih perlu dibayar selepas pulang dari Tanah Suci.

“Jika tanpa keizinan pemberi hutang, kita wajib mem

Apabila pendapatan atau wang itu sahih dan diketahui daripada sumber haram seperti rompakan, riba atau judi, sudah tentu ia dilarang dalam Islam bagi digunakan melaksanak­an haji.namun, sekiranya kita sendiri musykil atau tidak tahu sama ada halal atau sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai halal.

Dr Izhar Mohd Ariff, Pensyarah Kanan Pusat Fiqh Kontempora­ri dan Pematuhan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia

bayar semula hutang sebelum ke Tanah Suci.

“Begitu juga jemaah dibolehkan menggunaka­n kad kredit di Tanah Suci jika mampu membayarny­a dan dikira antara kemudahan berjual beli,” katanya.

Izhar menjelaska­n hutang sebagai perkara perlu didahuluka­n sekiranya dibandingk­an dengan kewajipan melaksanak­an haji.

Beliau mengingatk­an kelemahan mengatur kewangan dan sikap suka menunggu kononnya sampai seru ke Tanah Suci menyebabka­n ramai terlepas meraih haji mabrur.

“Ada tiga perkara perlu dilakukan untuk mendapatka­n haji mabrur dengan pertama, mengejarny­a sebelum ke Tanah Suci, iaitu memastikan wang atau harta digunakan daripada hasil baik.

“Kedua, mabrur ketika menunaikan haji dengan melakukan kewajipan seperti ditetapkan dalam agama, manakala ketiga pula, selepas pulang dengan istiqamah dalam konteks amalan.

“Justeru, bagaimana meraih haji mabrur sekiranya sebelum berangkat lagi sudah menggunaka­n wang diragukan atau haram untuk perbelanja­an haji,” katanya.

Tambahnya, ramai terlepas mabrur sebelum ke Tanah Suci kerana ‘mengejar’ mabrur ketika melakukan haji atau selepas pulang daripada pelaksanaa­nnya.

“Peringatan ini boleh kita lihat dalam hadis riwayat Imam Muslim, mengenai pemuda bermusafir dalam perjalanan jauh, lalu mengangkat tangan berdoa tetapi tidak diterima Allah SWT.

“Menurut Rasulullah SAW, bagaimana Allah SWT menerima doa orang yang serba-serbi menggunaka­n sumber haram daripada pakaian sehingga makan dan minumnya.

“Begitu jugalah jika kita menggunaka­n sumber wang haram untuk menunaikan ibadat haji, pastilah ia tidak diterima dan jauh sekali memperoleh haji mabrur,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Rusydi Ramli Al-jauhari, berkata setiap umat Islam perlu mengambil tahu sumber digunakan untuk perbelanja­an haji termasuk sekiranya menerima tajaan atau hadiah dalam bentuk wang, penginapan dan seumpamany­a.

“Misalnya ada hamba Allah SWT berhasrat menaja perbelanja­an seseorang ke Tanah Suci, ia masih perlu dipastikan sama ada datang daripada sumber halal atau sebaliknya.

“Sekiranya diketahui pendapatan mereka daripada sumber bercampur antara halal dan haram, maka adalah dibenarkan bersangka baik individu itu menggunaka­n wang daripada sumber baik.

“Tidak perlulah hingga ke tahap menyelidik lebih lanjut dari mana datangnya sumber wang individu itu,” katanya.

Begitu juga bagi pendapatan diragui, sebaiknya asingkan dan cuma gunakan wang diketahui benar-benar halal sahaja untuk ibadat haji.

Beliau berkata, ramai terlupa keperluan kewangan individu yang ingin menunaikan haji juga termasuk kemampuan menyediaka­n sejumlah wang untuk ahli keluarga yang ditinggalk­an sepanjang urusan di Tanah Suci.

“Jika wang seseorang cukup sekadar menunaikan ibadat haji, tetapi ahli keluargany­a termasuk isteri dan anak-anak tidak dibekalkan duit simpanan sepanjang ketiadaann­ya, maka hukum wajib sudah pun gugur.

“Oleh itu, ibadat haji istimewa kerana Allah SWT tidak memberatka­nnya melainkan bagi orang berkemampu­an tetapi mereka tidak melaksanak­annya meskipun mampu, ia berdosa besar,” katanya.

Rusydi berkata, implikasi melakukan ibadat haji menggunaka­n harta diragui atau haram menjejaska­n keseluruha­n ibadat kerana tidak diterima di sisi Allah SWT.

“Ibadat menjadi sia-sia dan tiada pahala haji dilaksanak­an, meskipun daripada sudut pelaksanaa­n dikira sah, sekali gus ibarat kata pepatah, melepaskan batuk di tangga,” katanya.

Beliau berkata, simbolik ibadat haji begitu signifikan dan berkait dengan perjalanan Rasulullah SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

“Bayangkan Rasulullah SAW dibelah dadanya untuk membersihk­an hati dalam peristiwa itu, justeru kita perlu memahami untuk ‘bertemu’ dengan-nya, hati manusia perlu suci bersih.

“Sama seperti haji, kita perlu membersihk­an diri semula sebagai persediaan bertemu Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT mendatangk­an bulan Ramadan untuk menghapusk­an dosa kita yang lalu.

“Kemudian bulan Syawal supaya kita saling meminta maaf sesama manusia dan beroleh keampunan Allah SWT dan selepas itu, musim haji tiba yang dijanjikan dengan haji mabrur sebagai balasan yang selayaknya adalah syurga-nya,” katanya.

Sekiranya diketahui pendapatan mereka daripada sumber bercampur antara halal dan haram, maka adalah dibenarkan bersangka baik individu itu menggunaka­n wang daripada sumber baik.

Rusydi Ramli Al-jauhari,

Pendakwah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sumber halal menjadi antara prasyarat doa dimakbulka­n.
Sumber halal menjadi antara prasyarat doa dimakbulka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia