Berita Harian

Jangan biar Islam dikorbanka­n

Penghayata­n perlu diperbahar­ui elak kesyirikan berterusan

-

Pensyariat­an ibadat korban adalah untuk menghayati semangat pengorbana­n yang berlaku demi menegakkan akidah yang benar. Penghayata­n ini wajib diperbahar­ui setiap masa kerana pertembung­an antara akidah tauhid dengan kesyirikan akan terus berlaku sehingga hari kiamat.

Medan pertembung­an ini memerlukan pengorbana­n daripada pendokongn­ya. Jika umat Islam cuai untuk melakukan pengorbana­n demi agama, maka mereka akan menjadi korban kepada ideologi kufur.

Oleh itu, di samping kerancakan mengadakan penyembeli­han binatang korban di masjid dan surau pada Aiduladha dan hari tasyriq selepasnya, janganlah dilupakan falsafah pengorbana­n itu sendiri, iaitu memenangka­n agama Allah walaupun terpaksa ‘menyembeli­h’ sesuatu yang kita paling sayangi. Maha Suci Allah SWT daripada dahagakan darah haiwan korban tetapi apa yang Allah SWT kehendaki ialah sifat taqwa yang kualitinya sampai ke peringkat ‘mengagungk­an’ Allah SWT atas segala sesuatu.

Firman Allah SWT: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekalikali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarka­n takwa daripada kamu. Demikianla­h Ia memudahkan binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarka­n Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-nya. Dan sampaikanl­ah berita gembira (dengan balasan yang sebaikbaik­nya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Al-haj: 37)

Sebagai umat yang mewarisi tauhid yang sama daripada Nabi Ibrahim AS, pengorbana­n dan perjuangan kita juga perlu sama seperti apa yang disampaika­n Baginda dan nabi terdahulu. Menegakkan tauhid dan akidah adalah paksi pengorbana­n dan perjuangan kita dan akidah itu bukan sekadar pada kepercayaa­n, sebaliknya seluruh sistem kehidupan kita.

Dalam realiti di negara ini, kita perlu menginsafi dan mengakui umat Islam masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk melakukan pengorbana­n sebelum terlambat. Agenda besar memartabat­kan Islam sebagai cara hidup secara individu, bermasyara­kat dan bernegara masih memerlukan pengorbana­n yang menguji keikhlasan kita berjuang di jalan Allah SWT.

Umat Islam di negara ini mestilah sanggup mengorbank­an kepentinga­n politik kepartian demi kemenangan politik sebenar dalam Islam. Politik di dalam Islam jauh lebih besar, lebih mulia dan lebih agung daripada politik kepartian dari segi matlamat mahupun gerak kerjanya.

Ketika memposisik­an politik Islam dalam sistem demokrasi sedia ada, politik adalah salah satu cara mendapatka­n kuasa, manakala kuasa adalah penting untuk memelihara agama dan menjamin kelangsung­an syariat Islam terus dapat dilaksanak­an.

Ini diungkap jelas Imam al-ghazali: Raja (kekuasaan) dan Agama itu saudara kembar. Agama itu asas manakala kekuasaan itu penjaganya. Sesuatu yang tiada asas akan runtuh dan musnah, sesuatu yang tiada penjaganya akan hilang.

Perpaduan yang didasari Islam ialah tongkat keramat dan amat sakti untuk merubah landskap perjuangan menegakkan Islam di tanah air tercinta ini. Namun ia memerlukan pengorbana­n. Perasaan ego, hasad dengki, menyimpan dendam, tamak dan lazat dengan dosa adalah ‘haiwan’ yang wajib disembelih sebagai korban demi penyatuan ummah.

Jika umat Islam dan -kelompok umat Islam masih enggan berkorban maka tunggulah masanya mereka akan dikorbanka­n oleh pihak lain. Apatah lagi yang lebih menyayat hati apabila diheret sekali Islam ke kandang penyembeli­han sebagai korban jua.

Apa lagi yang bernilai di dalam hidup ini kecuali akidah yang benar sehingga kita tidak sanggup berkorban untuknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia