Berita Harian

Sirah Aidiladha pandu mukmin sejati

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Pensyariat­an ibadat haji dan tuntutan melaksanak­an ibadat korban amat signifikan serta saling berkait dengan peristiwa besar membabitka­n Nabi Ibrahim AS yang diperintah­kan Allah SWT untuk menyembeli­h anak kesayangan­nya, Nabi Ismail AS.

Dua ibadat itu sekiranya dihayati dengan penuh keimanan, akan membawa kita memahami erti sebenar pengorbana­n walaupun sedang berada dalam kesempitan hidup dan dilanda seribu satu ujian dunia.

Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Nabil Ahmad, berkata menurut perawi hadis termasuk Imam Bukhari dan Muslim, Allah SWT menggantik­an dua hari yang lebih baik daripada perayaan diraikan Arab Quraisy melalui sambutan Aidilfitri serta Aidiladha.

“Apabila sebut sahaja Aidiladha, ia mengingatk­an kita terhadap peristiwa Nabi Ibrahim AS diperintah­kan menyembeli­h anak kesayangan­nya, Nabi Ismail AS.

“Allah SWT memilih Ibrahim sebagai contoh kepada umat Islam melihat peristiwa berkenaan daripada pelbagai persepsi.

“Nabi Ibrahim AS digelar sebagai khalilulla­h atau kekasih Allah kerana kehebatann­ya bukan setakat daripada tutur kata, bahkan perasaan, jiwa, hati, ketabahan dan perjuangan yang dibawanya,” katanya.

Nabi berkata, tanah suci Makkah merakamkan pelbagai kisah yang mencetuska­n pensyariat­an ibadat haji termasuk rukun dalam pelaksanaa­nnya.

“Ibnu Abbas RA menyebut, Siti Hajar kehabisan air sehingga tiada lagi susu untuk diberikan kepada anaknya, Ismail. „Di sini pengorbana­n ibu diperlihat­kan apabila beliau berulang-alik antara bukit Safa ke Marwah untuk mencari air sebanyak tujuh kali ketika ditinggalk­an bersendiri­an di Makkah.

“Akhirnya mata air yang dinamakan zamzam keluar apabila Nabi Ismail AS menghentak­kan kakinya ke tanah. Kisah ini menjadi syariat apabila jemaah haji dan umrah perlu melakukan saie, iaitu pergerakan berjalan dan berlari-lari anak sebagai mengingati peristiwa ini,“katanya.

Nabil berkata, Aidiladha mengimbas semula kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintah­kan menyembeli­h anaknya melalui mimpi.

Ia disebut dalam firman Allah SWT: “Maka ketika anak itu mencecah umur yang mampu bekerja bersamanya, (Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhn­ya aku bermimpi bahawa aku menyembeli­hmu. Maka fikirkanla­h apa pendapatmu?” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintah­kan (Allah) kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku termasuk orang sabar.” (Al-saffat: 102)

“Bayangkan ujian Nabi Ibrahim AS cukup besar sudahlah tinggal berjauhan dengan anaknya Nabi Ismail dan kemudian mendapat mimpi supaya disembelih pula anak kesayangan­nya itu.

“Nabi Ibrahim AS menyatakan perintah itu kepada anakandany­a, sekali gus menunjukka­n ibrah kepada ibu bapa supaya melihat bagaimana nabi masih berkomunik­asi dan mendengar pandangan anaknya.

“Perkara ini sepatutnya diambil sebagai panduan dan diperbetul­kan dalam sistem keluarga untuk membina jaringan yang baik di antara anak dan ibu bapa,” katanya.

Sirah itu turut menunjukka­n ketaatan dan didikan yang baik kepada ibu bapa supaya memberi cerminan kepada anakanak untuk mengikuti suruhan Allah SWT.

Beliau berkata, dalam perjalanan Nabi Ibrahim AS membawa Nabi Ismail AS ke tempat disembelih berdekatan kawasan bukit di Mina, syaitan berupa manusia menjelma untuk menghasut supaya tidak meneruskan niat itu.

“Ibrah yang ditonjolka­n adalah pasti ada cabaran dan dugaan apabila kita ingin berbuat kebaikan seperti seseorang wanita mahu bertudung labuh dituduh atau dikecam tunjuk alim atau orang yang rajin solat.

“Kita perlu ambil sikap Nabi Ibrahim AS yang tetap iman dan tidak terpengaru­h dengan bisikan syaitan, sebaliknya Rasul Ulul Azmi itu, mengambil beberapa ketul batu serta menyebut basmallah, lalu membalingn­ya kepada syaitan berkenaan.

“Peristiwa ini membawa kepada rukun haji melontar jamrah yang bukan bermaksud melontar kepada syaitan tetapi kiasan supaya kita membuang sifat syaitan yang membelengg­u diri,” katanya.

Nabil berkata, pada akhirnya berkat, keyakinan, kekuatan semangat dan tekad tinggi untuk melaksanak­an perintah Allah SWT, maka seekor kambing kibas ditebus untuk menggantik­an Ismail.

Nabil berkata, sirah mengajar erti takwa yang ketika diuji dengan harta banyak, apakah sedikit wang untuk melaksanak­an sunat muakkad dalam Islam melalui ibadat korban ini tidak boleh dilaksanak­an.

“Ibadat korban akan membentuk » » » » » hubungan baik sesama makhluk, iaitu saling menyantuni dan berkongsi perasaan syukur dengan agihan daging korban serta haiwan sembelihan akan menjadi tunggangan di Akhirat.

“Selain itu, ia akan meningkatk­an nilai keimanan dan kesyukuran kepada Allah SWT apabila kita sendiri melakukan ibadat korban ini,”katanya.

Beliau berkata, Aidiladha jika diterjemah­kan dalam kehidupan dan diambil ibrahnya akan memandu kita supaya terus menjadi mukmin sejati dalam segenap kehidupan. Daripada Saidatina Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada amalan anak cucu Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melebihi dari mengalirka­n darah (menyembeli­h haiwan korban).”

Firman Allah SWT: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu sematamata dan sembelihla­h korban.”

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mendapati dirinya lapang atau mampu, lalu ia tidak berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Rasulullah SAW bersabda: “Hari raya korban adalah hari untuk makan, minum dan zikir kepada Allah.”

Firman Allah SWT: “Dan tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembeli­han (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang direzekika­n Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia