Berita Harian

Program SJK usaha LZS erat hubungan pembayar, asnaf

-

Usaha murni Lembaga Zakat Selangor (LZS) membawa pembayar zakat bertemu asnaf di kediaman masing-masing untuk melihat sendiri proses bancian kelayakan penerima, merapatkan hubungan persaudara­an, selain menyantuni golongan yang begitu memerlukan.

Bagi bekas pembantu teknik, Mohd Jihadi Yusoff, 51, menghidap penyakit jantung mengakui sungguh terharu apabila pengasas kosmetik, Alha Alfa Cosmetics, Datuk Alha Alfa sudi menyertai program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) bertandang ke rumahnya dan sedia mendengar masalah kewanganny­a sekeluarga.

Beliau yang pernah mendapat rawatan di Hospital Serdang memerlukan bantuan bagi pemeriksaa­n rutin, selain perbelanja­an untuk tujuh anaknya, enam daripada mereka masih bersekolah.

Katanya, dia perlukan bantuan memandangk­an pendapatan yang diperoleh dengan membantu isteri menjalanka­n perniagaan katering masih belum mencukupi.

“Saya berbesar hati menerima kehadiran pembayar zakat seperti Datuk Alha yang sudi bertandang. Lazimnya, hanya petugas LZS membuat bancian kelayakan, namun kali ini berpeluang bertentang mata dengan pembayar zakat.

”Diharap usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa apabila pengeluar zakat mendekati asnaf.

“Biar mereka (pembayar zakat) mendapat gambaran jelas mengenai kepayahan kami meneruskan kelangsung­an hidup,” katanya.

Sementara itu, pekerja bengkel tayar, Ariffin Samsudin, 44, turut berdepan masalah kewangan apabila jumlah pendapatan bulanannya tidak mencukupi bagi menyara keluarga.

Lebih parah, beliau yang memiliki lima anak berusia satu hingga 11 tahun, jumlah pendapatan­nya menunjukka­n lebihan belanja berbanding pendapatan bagi menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Gaji tak cukup untuk membayar sewa rumah, bil utiliti, kos penyelengg­araan, belanja dapur dan belanja sekolah anak-anak. Justeru, saya memohon bantuan LSZ.

“Saya lebih berasa bangga apabila turut dikunjungi pengasas kosmetik itu. Pembayar zakat, sanggup ‘panjat’ flet rumah untuk menjenguk sendiri keperitan hidup kami sekeluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia