Berita Harian

Jasmine bahagia tanpa kekasih

Riz Ismail berangkat tunai haji pada usia 24 tahun, mohon terus istiqamah

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

“Memang sakit apabila mendapat tahu mereka menduakan saya. Tetapi, apabila difikirkan semula, saya bertuah kerana Tuhan memberikan petunjuk sebelum melangkah lebih jauh. Berbulanbu­lan juga saya pujuk hati untuk melupakan kekecewaan itu,” katanya.

Namun, kata Jasmine, sebagai manusia, dia menerima dirinya juga tidak terlepas daripada ujian. Di sebalik itu, kata Jasmine, Tuhan memberikan pelbagai kemanisan yang membuatkan dia kembali tersenyum.

Laluan kerjaya seninya semakin mekar, meskipun pada permulaan, Jasmine turut berdepan kesukaran menyesuaik­an diri dengan suasana baharu.

“Ketika mula bertapak lima tahun lalu, penguasaan bahasa Melayu agak lemah. Masalah itu menyebabka­n saya sukar menerima peluang membintang­i drama atau filem Melayu.

“Saya cabar juga diri dan lawan perasaan negatif kerana menjadi pelakon adalah cita-cita sejak kecil. Mungkin kerana terlalu banyak berdepan rintangan, pada satu tahap, saya tidak yakin mampu menjadi pelakon yang baik,” katanya.

Malah, kata Jasmine, nama dan raut wajahnya juga pernah menimbulka­n salah faham apabila ramai menyangka dia berbangsa Melayu.

“Cara saya berpakaian sering ditegur. Biarpun berulang kali memaklumka­n, saya bukan Melayu, masih ada juga yang mempertika­i.

“Saya dilemparka­n pelbagai kecaman dan komen yang mengguris hati. Memang pada permulaan, saya agak tersentak, tetapi sekarang saya sudah lali.

“Biarlah apa mereka mahu cakap, saya sudah tidak kisah. Lambat-laun apabila penat, nanti mereka berhenti. Saya tidak perlu ambil hati,” katanya.

Jasmine berkata, dia juga tidak melatah apabila dikaitkan dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Ia bermula apabila Sufian dijemput pada majlis istimewa penghargaa­n sempena lima tahun pembabitan­nya dalam industri hiburan.

“Saya sangat teruja dapat bersama peminat dan meraikan rakan media yang tidak pernah jemu menyokong. Majlis itu sebenarnya untuk menghargai mereka.

“Tidak sangka pula, pengurusan membuat kejutan dengan membawa Sufian. Kebetulan, saya memang meminati lagu nyanyianny­a iaitu Di Matamu.

“Lirik lagu sangat bermakna dan menyentuh hati, tambahan pula saya baru kecewa dalam percintaan. Pihak pengurusan memang tahu saya meminati lagu itu, tetapi tidak sangka mereka menjemput Sufian untuk bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonan awal yang diterima bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Jasmine berkata, dia enggan meletak harapan terlalu tinggi.

“Persaingan memang kuat. Kalau berjaya membolosi Top 5, ia umpama hadiah terindah buat saya,” kata pelakon filem terbitan Netflix,

Daulat bersama Vanidah Imran. Jasmine berkata, dia juga masih menanti untuk menjalani penggambar­an sebuah drama yang menguji kemampuann­ya.

“Demi persediaan untuk watak sebagai penagih dadah, saya terpaksa menolak tawaran dua filem. Mungkin ada yang anggap, rugi kerana melepaskan peluang besar.

“Bagi saya, bukan kuantiti yang dikejar, sebaliknya kualiti. Biarpun nanti jumlah drama atau filem lakonan saya tidak banyak, saya mahu pastikan kemunculan membekas di hati penonton. Itu lebih penting,” katanya yang turut aktif sebagai pengacara majlis.

Bagi saya, bukan kuantiti yang dikejar, sebaliknya kualiti. Biarpun nanti jumlah drama atau filem lakonan saya tidak banyak, saya mahu pastikan kemunculan membekas di hati penonton. Itu lebih penting.

Jasmine Suraya Chin

Pada usia 24 tahun, tiada apa yang lebih disyukuri selebriti dan ahli perniagaan, Riz Ismail apabila dijemput Allah untuk mengerjaka­n haji buat kali pertama.

Berangkat Rabu lalu, Riz atau nama penuhnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, memohon urusan dan ibadatnya sepanjang berada di Tanah Suci dipermudah­kan.

Sama seperti jemaah haji yang lain, peserta Pencetus Ummah

(PU) musim keempat itu berazam merebut ganjaran pahala, termasuk berdoa ketika wukuf di Arafah.

Riz yang bakal muncul dengan filem pertama, Ada Apa Dengan

Dosa, sudah bersedia dengan pelbagai doa yang mahu dipanjatka­n kepada Tuhan.

“Peluang melaksanak­an wukuf di Arafah dan berdoa tidak akan dilepaskan sesiapa. Memang menjadi impian saya, malah saya menyimpan cita-cita itu sejak kecil.

“Lebih manis, saya dapat ke sana pada usia yang masih muda. Saya anggap kesempatan ini suatu anugerah terindah. Kita kena rebut peluang keemasan itu” katanya.

Akui Riz, paling utama, dia mahu berdoa ditetapkan iman sepanjang masa.

“Bukan mudah mahu tetapkan iman. Saya mohon kepada Allah supaya terus istiqamah. Saya juga berharap rezeki akan murah dunia dan akhirat.

“Saya mahu usia ummi dan abah diberkati, selain berdoa supaya dimurahkan rezeki dalam apa yang dilakukan, termasuk perniagaan.

“Saya juga mahu panjangkan doa supaya diberi jodoh dan kesihatan yang baik serta berpanjang­an. Malah, jika Allah ambil nyawa di sana (Tanah Suci), saya reda. Memang kita kena ada niat dan cita-cita untuk meninggal dunia di Makkah atau Madinah,” katanya.

Riz berkata, jika mengikut perancanga­n awal, dia mahu mengerjaka­n ibadat haji, tiga tahun lalu. Namun, ketika itu, dia sibuk mencari tapak dalam dunia seni, termasuk bersaing dalam program PU.

“Syukur Allah pilih saya menjadi antara yang bertuah untuk melakukan ibadat haji. Mula-mula saya fikir mungkin tidak dapat berangkat kerana bergantung kepada permohonan visa.

“Disebabkan itu, saya pada mulanya tidak menghebahk­an perkara ini kerana belum ada kepastian. Alhamdulil­lah, akhirnya, saya dijemput ke sana. Memang teruja kerana sudah lama hendak pergi,” katanya. Riz teringat ketika menyertai PU, dia tidak dapat memperkena­lkan ibu bapa kerana mereka berada di Tanah Suci mengerjaka­n ibadat haji.

“Jika ditanya, saya memang sedih tidak dapat bersama ibu bapa menunaikan haji. Tetapi, pada masa sama, saya bersyukur dapat sertai PU.

“Selepas ibu bapa kembali ke tanah air, baru mereka dapat menyaksika­n saya beraksi dalam program realiti itu,” katanya.

Selain Riz, Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida, Aris Ariwatan dan Wany Hasrita adalah antara artis yang dilaporkan mengerjaka­n haji musim ini.

Lebih manis, saya dapat ke sana pada usia yang masih muda. Saya anggap kesempatan ini suatu anugerah terindah. Kita kena rebut peluang keemasan itu.

Riz Ismail, Pelakon

 ?? (Foto Ihsan Jasmine Suraya ) ?? Jasmine menghargai peminat yang setia bersamanya sejak lima tahun menjadi anak seni.
(Foto Ihsan Jasmine Suraya ) Jasmine menghargai peminat yang setia bersamanya sejak lima tahun menjadi anak seni.
 ??  ??
 ??  ?? Sufian hadir memberikan kejutan pada malam penghargaa­n yang dianjurkan Jasmine.
Sufian hadir memberikan kejutan pada malam penghargaa­n yang dianjurkan Jasmine.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia