Berita Harian

Jasmin Suraya Chin

Bangkit daripada kekecewaan silam untuk kejar impian dalam bidang seni

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Ketika segelintir selebriti begitu terbuka berkongsi setiap inci kehidupan mereka di laman sosial, Jasmine Suraya Chin pula memilih untuk menyusun langkah dengan berhati-hati.

Bagi Jasmine, 29, memadai hanya berkongsi kisah perjalanan kerjaya dan selebihnya, biarlah disimpan sebagai hak peribadi.

Pelakon yang dikenali menerusi watak Lily dalam filem aksi, Paskal itu berkata, dia kurang selesa jika khalayak terlalu memfokus kepada kisah peribadi, berbanding perkembang­an kerjaya.

Selepas lima tahun dalam industri hiburan, wanita kelahiran Sarawak ini akur, berkongsi sedikit sisi kehidupan peribadiny­a.

Jasmine berkata, dia baru bangkit daripada kekecewaan apabila cinta yang diharap mekar hingga ke jenjang pelamin, terlerai di pertengaha­n jalan, awal tahun lalu.

“Saya bukan jenis individu yang suka berkongsi semua perkara, terutama hal peribadi di media sosial. Saya sebaliknya, lebih selesa memanfaatk­an media sosial untuk berkongsi perkara positif.

“Hal peribadi, lebih baik disimpan sendiri. Saya tidak mahu diri dibebani emosi dan apabila sukar dikawal, saya mula meluahkann­ya di media sosial. Itu bukan cara saya.

“Saya sudah melupakan episod cinta yang tidak kesampaian itu. Saya gembira dengan apa yang saya lalui, biarpun sendiri tanpa kekasih,” katanya.

Tidak menolak ketika diminta mengimbau kisah percintaan­nya, Jasmine berkata, hubunganny­a dengan jejaka Cina itu hanya bertahan setahun.

“Ramai, termasuk ibu, mengharapk­an hubungan kami berakhir di jenjang pelamin. Namun, kami tiada jodoh. Sebelum itu, cinta saya dengan jejaka Melayu ketika menyambung pengajian di Melbourne, Australia turut kecundang.

» Lulusan Sarjana Muda Sains dan Ekonomi dari Universiti Monash, Melbourne, Australia. » Namanya mula dikenali menerusi watak Lily dalam filem Paskal.

» Berasal dari Kuching, Sarawak dan berketurun­an Cina. » Terlebih dahulu dikenali sebagai pengacara program bola sepak, Liga Super Malaysia.

 ??  ?? Jasmine melayan peminat yang menghadiri majlis penghargaa­n sempena lima tahun pembabitan­nya dalam bidang seni.
Jasmine melayan peminat yang menghadiri majlis penghargaa­n sempena lima tahun pembabitan­nya dalam bidang seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia