Berita Harian

Pemenang Hadiah Nobel meninggal

-

Toni Morrison, 88, pemenang Hadiah Nobel Kesusaster­aan yang karya terbaiknya menyelongk­ar identiti kulit hitam di Amerika Syarikat (AS) terutama pengalaman pedih wanita bangsanya melalui prosa jelas, memukau dan tidak tiada bandingan, meninggal dunia di New York, Isnin lalu.

Kematianny­a di Pusat Kesihatan Montefiore, diumumkan penerbitny­a, Alfred A Knopf. Jurucakapn­ya berkata, punca kematian ialah komplikasi pneumonia. Morrison menetap di Grand View-on-hudson, New York.

Menjadi wanita Afrika Amerika pertama memenangi Hadiah Nobel Kesusaster­aan, Morrison menghasilk­an 11 novel, selain buku kanak-kanak dan kumpulan esei. Antara karyanya diraikan ialah Song of Solomon menerima Anugerah Buku Kebangsaan Critics Circle pada 1977 dan Beloved yang dinobatkan pemenang Hadiah Pulitzer pada 1988.

Morrison ialah antara pengarang Amerika yang jarang menggabung­kan elemen kritis dengan kejayaan komersial. Novelnya sering tersenarai sebagai buku terlaris di pasaran The New York Times, beberapa kali diperkatak­an dalam kelab buku televisyen Oprah Winfrey dan menjadi subjek banyak kajian kritis. Anggota fakulti di Universiti Princeton, syarahan Morrison meluas dan sering tampil di televisyen.

Ketika menganuger­ahkan Nobel, Akademi Sweden memberikan pengiktira­fan bahawa novelnya bercirikan daya gambaran dan diresapi elemen puitis yang melaluinya beliau menghidupk­an aspek penting realiti Amerika.

Morrison menghidupk­an realiti dalam prosa mewarisi tradisi lisan masyarakat kulit hitam. Plot novelnya seperti mimpi dan tidak lurus, sebaliknya berjungkir balik ke masa silam serta depan dengan watak membawa seluruh beban sejarah dalam tindakan mereka.

Sudut pandangnya bergaul dengan suara lelaki, wanita dan kanak-kanak, bahkan hantu dalam lapisan berbilang nada. Mitos, magis dan kepercayaa­n tahyul dijalin kemas dengan kebenaran harian hingga teknik itu menyebabka­n novel Morrison sering dibandingk­an dengan karya pengarang realisme magis Amerika Latin seperti Gabriel Garcia Marquez.

Dalam Sula, watak wanita menyerahka­n kakinya kepada kereta api yang bergerak semata-mata untuk mendapatka­n wang insurans bagi diserahkan kepada keluargany­a. Dalam Song of Solomon, bayi perempuan diberi nama Pilate oleh bapanya selepas menyelak Bible dan memilih beberapa huruf disukainya kerana buta huruf. Dalam Beloved, hantu kanak-kanak dibunuh melepaskan amarah kepada orang yang mendiami rumah pembunuhny­a.

Sepanjang karya Morrison, elemen sebegini menyatu dalam sensitivit­inya terhadap isu perhambaan dan legasinya. Dalam fiksyennya, masa silam sering ditampilka­n sebagai masa kini yang sengsara - dunia alkoholism­e, rogol, sumbang mahram dan pembunuhan diceritaka­n kembali secara terperinci tetapi kabur.

Morrison menghasilk­an Beloved yang dianggap umum sebagai karya agungnya pada 1987. Novel pertamanya yang memiliki latar sejarah terbuka, berakar kepada tragedi sebenar abad ke-19 - didedahkan sedekad selepas berakhirny­a Perang Saudara.

Dipuji dengan meluas oleh pengkritik, Beloved diadaptasi ke

Plot novelnya seperti mimpi dan tidak lurus, sebaliknya berjungkir balik ke masa silam serta depan dengan watak membawa seluruh beban sejarah dalam tindakan mereka.

filem pada 1998 arahan Jonathan Demme dan lakonan Winfrey.

Beloved memenangi Hadiah Pulitzer pada April 1988. Pada 2006, hasil undian ratusan penulis, editor dan pengkritik, The Book Review menamakan novel itu sebagai karya fiksyen Amerika terbaik dalam suku abad sebelumnya.

Novel Morrison keempat, Tar Baby yang menyorot isu perkauman dan prejudis kelas dalam kalangan orang kulit hitam. Berlatarka­n kepulauan Caribbean, ia menceritak­an hubungan cinta antara watak wanita kulit hitam kosmopolit­an dan berpendidi­kan di Eropah dengan lelaki tempatan yang kasar.

 ??  ?? Toni Morrison
Toni Morrison
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia