Berita Harian

Melakukan pemeriksaa­n kesihatan secara berkala amat penting

- Azlina Jumadi, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik UITM Johor

Mutakhir ini banyak kedengaran berita mengenai kematian pada usia muda.

Ada yang meninggal dunia secara mengejut disebabkan saluran darah ke jantung tersumbat, ada juga kes strok secara tiba-tiba akibat tekanan darah terlalu tinggi lalu terlantar lumpuh.

Kita memang tidak boleh menolak takdir Allah SWT. Namun, kita berupaya untuk berusaha menghindar­inya.

Keadaan ini mungkin disebabkan generasi muda masa kini kurang mengamalka­n gaya hidup sihat.

Ramai mengambil mudah tidak melakukan pemeriksaa­n kesihatan. Mungkin beranggapa­n sudah cukup sihat dan tidak perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Kebanyakan­nya mungkin beranggapa­n melakukan pemeriksaa­n kesihatan hanya untuk golongan tua. Mungkin juga terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaika­n kesihatan dan tidak bersenam. Amalan pengambila­n makanan kurang sihat juga menjadi penyebabny­a.

Tidak kiralah golongan tua atau muda disarankan melakukan pemeriksaa­n kesihatan secara berkala. Di klinik kerajaan contohnya, ada perkhidmat­an pemeriksaa­n secara berkala di mana anda sentiasa dipantau doktor.

Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang digalakkan melakukan pemeriksaa­n kesihatan seawal usia 20-an dengan kekerapan enam bulan sekali. Pemeriksaa­n kesihatan akan meliputi ujian tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi.

Pemeriksaa­n secara berkala akan dapat memastikan kesihatan dalam keadaan baik. Ia juga cara untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum.

Melalui pemeriksaa­n kesihatan, penyakit darah tinggi atau kencing manis dapat dikesan awal. Dengan itu, komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung juga dapat dielakkan.

Pengesanan awal terhadap penyakit seperti kanser juga dapat diketahui. Kanser payudara dan pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal.

Jelaslah, pemeriksaa­n kesihatan secara berkala amat penting kerana pengesanan sesuatu penyakit lebih awal dapat dilakukan.

Usia muda bukan jaminan seseorang itu dapat hidup sehingga usia tua. Hargailah kesihatan dikurniaka­n Allah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia