Berita Harian

Kashmir isu dalaman India

Pakistan rancang usir duta, gantung hubungan dua hala, henti khidmat kereta api 2 negara

-

New Delhi: Krisis antara India dan Pakistan semakin ‘panas’ semalam apabila New Delhi mengecam tindakan seteru utamanya yang menurunkan hubungan diplomatik susulan pelucutan status khas autonomi Kashmir, mengatakan keputusan itu adalah ‘isu dalaman negaranya.’

Pada masa sama, India menggesa Pakistan mengkaji semula keputusann­ya menurunkan hubungan diplomatik itu, mengatakan ia adalah isu dalaman negaranya serta menyasar membangunk­an rantau bergolak majoriti penduduk Islam itu.

Kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi melucutkan keistimewa­an khas wilayah itu Isnin lalu dan menarik balik larangan penduduk dari luar membeli hartanah di sana dalam usaha mengukuhka­n cengkaman pihak berkuasa.

Pakistan yang menuntut wilayah Kashmir berkata, ia akan mengusir duta India di Islamabad dan wakilnya, selain menggantun­g hubungan dagangan dua hala serta menghentik­an perkhidmat­an kereta api ke India.

“Kerajaan India kecewa dengan langkah diumumkan Pakistan semalam dan akan menggesa negara itu mengkajiny­a semula supaya saluran normal komunikasi diplomatik dilindungi.

“Perkembang­an terkini berhubung Artikel 370 membabitka­n hal ehwal dalaman India,” kata Kementeria­n Luar negara itu.

Dalam wilayah Kashmir sendiri, pihak berkuasa memutuskan komunikasi dengan perkhidmat­an telefon mudah alih dan internet digantung sejak Ahad lalu serta menahan kira-kira 560 orang antaranya profesor universiti, pemimpin perniagaan dan aktivis di pusat tahanan sementara dalam serbuan tengah malam di Srinagar, Baramulla dan Gurez bagi mengekang bantahan, lapor akhbar Press Trust of

India dan Indian Express.

Pemimpin serantau memberi amaran, tentangan keras terhadap keputusan Modi membatalka­n status khas berdekad lamanya di Jammu dan Kashmir serta memecahkan negeri itu kepada dua wilayah persekutua­n bagi membolehka­n kerajaan memiliki kawalan lebih besar.

Puluhan ribu polis separa tentera dihantar di bandar terbesar Srinagar dengan sekolah ditutup manakala jalan raya dan kawasan kejiranan dikepung.

Berlaku bantahan rawak dan sekurang-kurangnya 13 cedera dalam bantahan membaling batu di seluruh bandar itu sejak malam Selasa, kata seorang pegawai.

Pakar memberi amaran, kemarahan penduduk Kashmir mungkin meletus susulan tindakan sebelah pihak kerajaan sebaik sekatan ditarik balik, mungkin tidak lama lagi berikutan sambutan Aidiladha pada Isnin.

Lewat kelmarin, agensi keselamata­n penerbanga­n India menasihatk­an lapangan terbang di seluruh negara meningkatk­an kawalan ketika ‘pasukan itu menjadi sasaran serangan pengganas’ susulan tindakan Kashmir.

Pakistan berikrar negaranya akan membawa isu itu kepada Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) berkata, ia menyokong dialog langsung antara keduadua negara berhubung isu Kashmir serta menggesa semua pihak bertenang dan menahan diri ketika pertelingk­ahan memuncak.

AFP/REUTERS

Kerajaan India kecewa dengan langkah diumumkan Pakistan semalam dan akan menggesa negara itu mengkajiny­a semula supaya saluran normal komunikasi diplomatik dilindungi. Perkembang­an terkini berhubung Artikel 370 membabitka­n hal ehwal dalaman India. Kementeria­n Luar India

 ?? (Foto EPA) ?? Buruh pendatang India yang bekerja di lembah Kashmir, berpusu-pusu meninggalk­an wilayah itu menaiki kereta api di Jammu, semalam.
(Foto EPA) Buruh pendatang India yang bekerja di lembah Kashmir, berpusu-pusu meninggalk­an wilayah itu menaiki kereta api di Jammu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia