Berita Harian

Bencana bertimpa Taiwan

Seorang maut akibat gempa bumi ketika penduduk siap sedia serangan Lekima

-

Taipei: Satu gempa bumi magnitud 5.9 yang menggegark­an Taiwan semalam mengorbank­an seorang wanita dan menyebabka­n bekalan elektrik terputus seketika, menjejaska­n lebih 10,000 kediaman, kata pihak berkuasa.

Gegaran dirasai di seluruh negara kepulauan itu dan bangunan tinggi di ibu kota ini bergoyang apabila gempa melanda kawasan pantai timur laut pada awal pagi, menyebabka­n penduduk terjaga.

Seorang wanita berusia 60 tahun maut di luar ibu kota ini selepas sebuah almari jatuh menimpanya ketika gempa, kata Agensi Bomba Nasional.

Lebih 10,000 rumah di sekitar ibu kota ini dan negeri jiran Yilan terputus bekalan elektrik, sementara pihak berkuasa kereta api menggantun­g beberapa perkhidmat­an kereta api di Yilan, menjejaska­n ribuan penumpang.

Negara ini bersiap sedia menghadapi serangan Taufan Lekima, yang sedang mengumpul kekuatan dan dijangka membadai pulau itu bersama angin kencang dan hujan lebat sehingga hari ini.

“Kami akan terus memantau jika ada impak berganda selepas gempa susulan dan taufan yang menghampir­i,” kata Presiden Tsai Ing-wen kepada media.

Taiwan terletak berhampira­n persimpang­an dua plet tektonik dan kerap dilanda gempa bumi.

Pada April lalu, gempa magnitud 6.1 menggegark­an kawasan timur Hualien, menjejaska­n lalu lintas serta mencerakan 17 orang.

Bencana terburuk akibat gempa bumi magnitud 7.6 berlaku pada 1999, mengorbank­an kira-kira 2,400 orang. AFP

Kami akan terus memantau jika ada impak berganda selepas gempa susulan dan taufan yang menghampir­i.

Tsai Ing-wen, Presiden Taiwan

 ?? (Foto EPA) ?? Penduduk Taiwan bersiap sedia menghadapi serangan Taufan Lekima semalam dan hari ini.
(Foto EPA) Penduduk Taiwan bersiap sedia menghadapi serangan Taufan Lekima semalam dan hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia