Berita Harian

Lebih sejuta ternakan untuk ibadah korban

40,000 pengendali bersedia 24 jam untuk memastikan kelancaran pada musim haji

-

Makkah: Lebih sejuta ternakan bersedia untuk menjalani ibadat korban bagi musim haji tahun ini, menurut pihak berkuasa Arab Saudi.

Pengerusi Kumpulan Bank Pembanguna­n Islam dan jawatankua­sa memantau projek itu, Dr Bandar Al-hajjar berkata, kumpulan lebih 40,000 pengendali, juruteknik dan penyelia akan bekerja 24 jam bagi memenuhi permintaan jemaah untuk pelaksanaa­n ibadat korban.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Awam Statistik Arab Saudi mendedahka­n, sejumlah 30,908 individu dengan 8,685 daripadany­a adalah wanita akan diambil bekerja bagi memenuhi perkhidmat­an kesihatan dan kecemasan ketika musim haji, menurut laporan Arab News.

Ia termasuk kakitangan Kementeria­n Kesihatan, Pihak Berkuasa Pasukan Bulan Sabit Arab Saudi, serta Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan serta mereka yang menyediaka­n khidmat kesihatan dari kalangan sektor keselamata­n dan tentera.

Jumlah keseluruha­n kakitangan perubatan dan ambulans yang diambil ketika musim haji adalah 1,141 orang dan pihak berkuasa berkata, perkhidmat­an kesihatan, terapeutik, pencegahan dan ambulans untuk jemaah akan disediakan secara percuma oleh Kementeria­n Kesihatan negara itu menerusi pasukan khas terdiri daripada doktor, ahli farmasi, jururawat, juruteknik dan pentadbir dengan kakitangan melebihi 27,797 orang.

Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga memperuntu­kkan 132 pusat bantuan sementara, 370 ambulans, 20 basikal dan 2,811 kakitangan untuk pasukan kecemasan di sekitar Makkah, Madinah serta tapak suci yang meliputi semua perkhidmat­an perubatan dan kecemasan kepada jemaah. AGENSI Dhaka: Situasi wabak demam denggi yang melanda Bangladesh kini menghampir­i epidemik walaupun pihak berkuasa enggan mengisytih­arkannya dan jumlah yang dijangkiti mungkin jauh lebih tinggi berbanding angka rasmi.

“Situasi jangkitan seperti satu epidemik, namun tiada siapa mengakuiny­a,” kata seorang pakar yang enggan dikenali kepada AFP, menambah angka sebenar mungkin beberapa kali ganda berbanding jumlah rasmi, yang berdasarka­n data terhad.

Sejak Januari lalu, hampir 30,000 orang dirawat akibat denggi di seluruh negara dan sejak seminggu lalu, kira-kira 2,000 pesakit sehari dimasukkan ke hospital.

Pakar virologi terkemuka, Saifullah Munshi berkata, ledakan pembinaan di ibu kota ini, pembanguna­n tidak dirancang dan perubahan iklim, yang mencetuska­n peningkata­n paras kelembapan mewujudkan tapak pembiakan nyamuk Aedes.

Jabatan Kesihatan Bangladesh berkata, kira-kira 23 orang maut akibat denggi setakat ini namun akhbar terbesar Bengali, Prothom Alo berkata, angka yang maut menghampir­i 100 orang. AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Lebih 40,000 pengendali, juruteknik dan penyelia akan bekerja 24 jam bagi memenuhi permintaan jemaah untuk pelaksanaa­n ibadat korban.
(Foto EPA) Lebih 40,000 pengendali, juruteknik dan penyelia akan bekerja 24 jam bagi memenuhi permintaan jemaah untuk pelaksanaa­n ibadat korban.
 ?? (Foto AFP) ?? Pesakit denggi menerima rawatan di Kolej Perubatan Mugda dan Hospital di Dhaka, semalam susulan kebanjiran kes jangkitan itu di seluruh Bangladesh.
(Foto AFP) Pesakit denggi menerima rawatan di Kolej Perubatan Mugda dan Hospital di Dhaka, semalam susulan kebanjiran kes jangkitan itu di seluruh Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia