Berita Harian

Akhirnya Hazard jaring gol untuk Real

-

London: Eden Hazard mengakui ‘amat gembira’ sejurus membuka akaun jaringanny­a bersama Real Madrid ketika gergasi La Liga itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Salzburg pada aksi persahabat­an, kelmarin.

Sejak tiba dari Chelsea dengan perjanjian mencecah 100 juta euro (RM471.46 juta), Hazard tampak bergelut dan gagal menampilka­n kemampuan sebenarnya dalam lima perlawanan sebelum ini bertemu Bayern Munich, Arsenal, Atletico Madrid, Tottenham dan Fenerbahce.

Begitupun, dia tampil berbeza menentang Salzburg apabila melepaskan rembatan lencong menarik bagi menewaskan penjaga gol Salzburg, Cican Stankovic untuk jaringan kemenangan.

“Apabila kamu berada di atas padang, kamu mahu memenangi perlawanan dan sebagai penyerang, kamu sentiasa mahu jaringkan gol,” kata Hazard.

“Saya sudah menunggu detik ini sejak lima perlawanan terakhir dan ia berlaku pada hari ini. Saya amat gembira. Ia masih pra-musim, tetapi saya fikir kami mendapat lebih tenaga sekarang.

“Kami masih mempunyai tempoh 10 hari sebelum perlawanan kompetitif pertama. Jadi kami perlu fokus dan terus berusaha keras. Sasaran kami adalah untuk bersedia menghadapi minggu depan. Kami tidak sabar untuk memulakan La Liga jadi kami berlatih dengan gigih.”

Selain Hazard, Real mengharung­i perpindaha­n musim panas yang sibuk dengan membawa masuk beberapa lagi pemain seperti Luka Jovic, Eder Militao, Rodrygo Goes dan Ferland Mendy dalam usaha pengurus, Zinedine Zidane merombak semula pasukannya musim ini.

Pertahanan Brazil, Eder, yang tiba dari Porto turut membuat penampilan sulung bersama Real menentang Salzburg dengan pemain berusia 24 tahun berganding­an bersama kapten, Sergio Ramos dan Raphael Varane di bahagian pertahanan tengah.

Real selepas ini dijadual bertemu Roma pada perlawanan persahabat­an terakhir pada Ahad sebelum membuka kempen La Liga menentang Celta Vido di gelanggang lawan pada 17 Ogos. AGENSI

Saya sudah menunggu detik ini sejak lima perlawanan terakhir dan ia berlaku pada hari ini. Saya amat gembira. Ia masih pra-musim, tetapi saya fikir kami mendapat lebih tenaga sekarang.

Eden Hazard, Pemain Real Madrid

 ??  ?? Pemain Salzburg, Jerome Onguene (kiri) cuba menghalang Hazard ketika aksi persahabat­an di Salzburg, Austria.
Pemain Salzburg, Jerome Onguene (kiri) cuba menghalang Hazard ketika aksi persahabat­an di Salzburg, Austria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia