Berita Harian

City ikat benteng Portugal

Dalam masa sama lepaskan pertahanan tengah ke Juventus

-

London: Manchester City menandatan­gani pertahanan kanan Portugal, Joao Cancelo dari Juventus, manakala pertahanan tengahnya, Danilo mengambil laluan bertentang­an dengan menyertai juara Itali itu.

City akan membayar yuran 28 juta euro (RM131.95 juta) kepada Juve selepas Cancelo dinilaikan dengan 65 juta euro (RM306.30 juta), manakala Danilo berharga 37 juta euro (RM174.36 juta).

“City kelab yang menakjubka­n, dengan pengurus yang hebat dan saya amat gembira untuk berada di sini.

“Segala-galanya mengenai mereka membuatkan saya teruja, bermula daripada kemudahan, kepada gaya permainan.

“Saya sentiasa mencari jalan untuk meningkatk­an permainan saya dan memenangi trofi dan saya percaya saya boleh melakukann­ya di sini.

“Jadi saya benar-benar tidak sabar untuk mengharung­i musim baharu dan menguji diri saya dalam Liga Perdana,” kata Cancelo yang menandatan­gani kontrak selama enam tahun.

Cancelo menjulang gelaran Serie A bersama Juventus selepas melengkapk­an perpindaha­n bernilai 40 juta euro (RM188.49 juta) dari Valencia tahun lalu.

Sementara itu, Danilo adalah sebahagian daripada skuad City yang memenangi lima gelaran domestik Inggeris sejak dua musim lalu, tetapi memainkan peranan selaku pemain gantian kepada Kyle Walker di bahagian pertahanan kanan.

“Sesuatu yang menggembir­akan untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan City dan saya menikmati masa saya di sini.

“Kelab sentiasa menakjubka­n sejak dari hari pertama saya berada di sini dan saya akan sentiasa bersyukur. Kemenangan Liga Perdana akan sentiasa bersama saya dan City sentiasa akan berada dalam hati saya,” kata Danilo yang juga pemain kebangsaan Brazil dan menandatan­gani kontrak lima tahun di Juventus. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia