Berita Harian

Sukan SEA istimewa buat Wendy

-

Kuala Lumpur: Biarpun sudah layak ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Wendy Ng yang dipilih menyertai Sukan SEA di Filipina hujung tahun ini melabelkan temasya itu sebagai ‘istimewa’ buat dirinya selepas mimpi ngeri terpalit dalam isu doping pada temasya lalu di ibu negara.

“Saya sudah layak ke Olimpik, jadi saya tak lagi fokus pada Piala Asia (di Kuala Lumpur pada bulan hadapan). Saya hanya bagi fokus pada Grand Prix dan juga Sukan SEA nanti,” katanya di sini, semalam.

Ketika ditanya maksud ‘istimewa’ yang dikatakann­ya, Wendy berkata: “Sukan SEA istimewala­h (sambil tersenyum).”

Pada temasya lalu, dua pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal wanita individu dan seirama yang dimenangi Wendy terpaksa ditarik semula selepas beliau didapati positif sibutramin­e dan dikenakan penggantun­gan selama lapan bulan.

Sementara itu, jurulatih terjun, Christian Brooker berkata Piala Asia di sini, pada 6 hingga 8 September ini selain tiga siri Grand Prix pada November ini adalah platform yang bagus buat penerjun negara dalam membuat persiapan menghadapi Sukan SEA.

“Kami akan mendominas­i setiap pingat emas yang ditawarkan dengan empat acara dipertandi­ngkan bagi papan anjal,” katanya.

Skuad terjun negara yang sering menjadi lubuk pingat emas negara pada Sukan SEA kehilangan lapan pingat emas selepas tuan rumah tidak menganjurk­an acara platform seperti selalunya.

“Ada beberapa negara seperti Singapura, Indonesia dan Thailand sedang meningkat. Namun sekali lagi penerjun negara adalah sedikit lebih bagus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia