Berita Harian

Memanah kekal sasar 5 emas

Kejayaan juarai Piala Asia bakar semangat anak buah Jae-hyung

- Oleh Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemanah negara dilihat mampu untuk mara ke final dalam semua 10 acara yang dipertandi­ngkan pada Sukan SEA di Filipina pada 30 November hingga 11 Disember ini, namun memilih untuk terus kekal dengan sasaran lima emas.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Lee Jaehyung meluahkan keyakinann­ya itu selepas kejayaan skuad memanah negara membawa pulang lima emas pada siri kedua Piala Asia di Taiwan, pada 1 hingga 7 Ogos lalu.

“Semua kategori kita ada peluang untuk ke final, daripada situ sahaja kita boleh dapat sekurang-kurangnya 50 peratus (pingat). Indonesia tak sertai Piala Asia di Taiwan mungkin disebabkan bajet atau belum bersedia lagi. Sebelum Sukan SEA nanti mereka (Indonesia) akan sertai Kejohanan Asia di Bangkok pada 24 hingga 29 November.

“Jadi di sana nanti kita boleh lihat kemampuan mereka,” katanya dalam sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019, di sini, semalam.

Jae-hyung berkata pemanah negara bagaimanap­un sudah berjumpa dengan pemanah Indonesia di Kejohanan Dunia di Belanda pada Jun lalu dan Piala Dunia di Shanghai pada Mei.

“Kita sudah tahu secara kasar tahap kita di Asia Tenggara dan kita boleh agak kemampuan mereka. Biarpun pencapaian kita hampir dengan Indonesia pada Sukan SEA lalu, namun pada kali ini angin yang kuat di Clark, Filipina bakal memberi cabaran kepada semua pemanah,” katanya.

Pada temasya lalu di Kuala Lumpur, pemanah negara menguasai sukan memanah apabila membawa pulang lima emas, tiga perak dan dua gangsa sementara Indonesia di tempat kedua dengan empat emas, satu perak dan satu gangsa.

 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? Dari kiri, Mohd Juwaidi Mazuki; Pengurus pasukan, Datuk Johari Salleh, Jae-hyung dan Khairul Anuar Mohamad ketika sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019 di MSN Bukit Jalil, semalam.
(Foto Owee Ah Chun/bh) Dari kiri, Mohd Juwaidi Mazuki; Pengurus pasukan, Datuk Johari Salleh, Jae-hyung dan Khairul Anuar Mohamad ketika sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019 di MSN Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia