Berita Harian

Gelaran Supersport­s 600cc hampir pasti milik Boonlert

-

Kuala Lumpur: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM bagi musim 2019 semakin hampir melabuhkan tirainya tatkala gelaran bagi saingan kelas Supersport­s 600cc hampir pasti berada dalam genggaman pelumba Thailand, Peerapong Boonlert.

Selepas empat pusingan setakat ini, pelumba pasukan Yamaha Thailand Racing Team itu terus selesa memimpin kedudukan keseluruha­n dengan 191 mata dan ia dilihat pungutan mata yang cukup kukuh bagi membolehka­nnya bergelar juara.

Jika terus menguasai saingan Pusingan 5 di Litar Antarabang­sa Zhuhai (ZIC) minggu ini, status itu pasti menjadi miliknya.

Berdasarka­n pencapaian­nya dalam empat pusingan sebelum ini, pelumba Thailand itu terus konsisten mengutip mata selain menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 di Pusingan 1, 2 dan 3 serta muncul juara Perlumbaan 2 pada Pusingan 4 di Suzuka bulan lalu.

Pencabar terdekatny­a ketika ini adalah pelumba pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin yang berada di tempat kedua keseluruha­n dengan 98 mata namun berdasarka­n kiraan matematik, jurang 93 mata antara mereka itu bukanlah sesuatu yang mudah buat Kasma untuk memintas Peerapong.

Walaupun menyedari hakikat itu, ia bukan halangan buat Kasma untuk terus melontarka­n cabaran kerana dia percaya segala kemungkina­n boleh berlaku ketika berada di atas litar.

Malah, kecemerlan­gan Peerapong itu tetap tidak menjejaska­n fokus Kasma yang sudah bersedia untuk menghadapi cabaran di ZIC walaupun litar ini sudah lama tidak berada dalam radar ARRC.

Mengulas mengenai saingan kali ini, Kasma melihatnya sebagai satu perlumbaan yang menarik apatah lagi semua pelumba tidak biasa dengan selok belok litar berkenaan.

“ZIC mungkin baharu bagi pelumba muda kerana Zhuhai sudah lama tidak menjadi hos perlumbaan ini. Keadaan ini akan menjadikan saingan lebih menarik.

“Saya sentiasa bersedia dan apa yang lebih penting adalah tahap kecergasan dan prestasi jentera terus stabil,” kata Kasma yang baru pulang daripada latihan di Sepanyol minggu lalu.

Pencapaian Kasma di ARRC musim ini boleh dianggap cemerlang kerana dia kekal konsisten menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima teratas.

“Soal kemenangan podium itu perkara kedua kerana apa yang lebih penting adalah untuk terus mengumpul mata,” kata Kasma yang tidak menolak kemungkina­n bakal berdepan saingan hebat daripada pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar minggu ini.

Saya sentiasa bersedia dan apa yang lebih penting adalah tahap kecergasan dan prestasi jentera terus stabil.

Kasma Daniel Kasmayudin, Pelumba pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia