Berita Harian

Siapa ganti Teong Kim di AMD?

-

Siapakah yang bakal mengambil alih tugas Lim Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD)?

Itu persoalan yang timbul selepas kontrak bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich yang sudah enam tahun mengendali­kan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) itu dikatakan tidak akan dilanjutka­n sekali gus bakal berakhir Oktober ini.

Majlis Sukan Negara (MSN) selaku satu daripada agensi pengendali program itu tampak sudahpun memiliki calon untuk menggantik­an tempat Teong Kim dengan individu terbabit sudah tentu memiliki kaliber dan potensi untuk meneruskan NFDP selepas ini.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin mengesahka­n beberapa calon berpotensi sudah dikenalpas­ti untuk mengisi jawatan penting itu dengan beberapa perubahan khususnya membabitka­n jawatan Pengarah Teknikal NFDP mungkin dilakukan bagi memantapka­n lagi pengurusan program pembanguna­n itu.

Bagaimanap­un, beliau mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ mengenai identiti individu yang bakal menggantik­an Teong Kim itu apabila pengumuman rasmi mengenainy­a hanya akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam masa terdekat.

“Kita sudah berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MSN. Pengumuman rasmi akan dibuat oleh menteri sendiri nanti.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, ia adalah satu berita baik di mana perkembang­an ini di dapat memberi penambahba­ikan daripada struktur yang ada sekarang. Ia kombinasi antara tempatan dan import.

“Perubahan ini cukup penting di mana kita akan laksanakan dan lengkapkan apa yang FAM sudah lakukan dengan Pelan Hala Tuju F:30 dan kita akan bekerjasam­a dengan mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n sesi latihan Fagiano Okayama di Padang Latihan Masada, Okayama, semalam.

Terdahulu, kedudukan Teong Kim dipersoalk­an susulan kegagalan skuad Bawah 16 tahun (B-16) yang ditunjangi produk NFDP mara ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 tahun (B17) di Brazil, tahun ini.

Bagaimanap­un, FAM pada Februari lalu memutuskan untuk menilai semula kontrak Teong Kim untuk mengekalka­nnya sehingga Piala Dunia 2030.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia