Berita Harian

Kemenangan beri motivasi, keyakinan buat PKNS

-

Seremban: “Kami bukan pasukan pilihan tetapi kemenangan yang diraih malam ini (kelmarin) amat bermakna kerana dapat memberikan motivasi dan keyakinan untuk terus mencabar pasukan lain,” kata ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal.

PKNS FC melakar kemenangan pertama selepas menewaskan Negeri Sembilan (NS), 2-1 dalam pertembung­an Kumpulan A saingan Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, kelmarin.

“Bagi saya, semua pasukan termasuk NS masih berpeluang ke peringkat ke seterusnya kerana perlawanan masih lagi di peringkat awal. Jika setiap pasukan dapat mencatat kemenangan, ia akan memberikan motivasi untuk perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan.

Mengulas lanjut, Rajagobal yang juga pengendali berpengala­man mengakui tetap tidak puas hati terhadap persembaha­n keseluruha­n pemainnya pada babak kedua.

“Berbanding pada babak pertama, aksi berikutnya pemain saya hilang fokus dan gagal kekalkan disiplin sehingga memberi ruang NS menguasai permainan dan jaringkan gol. Sepatutnya kita kekalkan tempoh sehingga ke hujung permainan,” katanya.

Dalam aksi itu, Gabriel Querra muncul wira skuad Semut Merah apabila menjaringk­an gol pada minit ke-14 dan ke-30 bagi membolehka­n pasukannya meraih tiga mata, manakala NS mendapat gol saguhati menerusi Igor Luiz minit ke-90.

Sementara itu, jurulatih skuad Hobin Jang Hobin, Zaki Sheikh Ahmad, mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan walaupun anak buahnya cuba bangkit pada babak kedua.

“Pada babak pertama pemain saya hilang rentak dan persembaha­n mereka tidak seperti yang dirancang, namun cuba bangkit pada babak kedua tapi sudah agak lewat. Masalah penyudah yang kurang tepat dan sempurna masih menjadi kelemahan utama yang perlu diatasi,” katanya.

Semua pasukan termasuk NS masih berpeluang ke peringkat ke seterusnya.

K Rajagobal, Ketua jurulatih PKNS FC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia