Berita Harian

Menang tapi Mora terkilan

Devan pula kaitkan benteng longgar punca impian PJ City lebur

- Oleh Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta‘zim (JDT) meraih kemenangan 4-2 ke atas PJ City FC pada aksi Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, kelmarin, namun jurulatih, Benjamin Mora tetap terkilan dengan kesilapan mudah benteng pertahanan.

Juara Liga Super enam musim berturut-turut itu hampir sekali lagi diaibkan oleh skuad kendalian K Devan pada aksi itu selepas selesa mendahului 2-0 sebelum melepaskan dua gol mudah berpunca daripada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Ya gembira dengan tiga mata yang diraih dalam perlawanan itu. Tetapi kami perlu lihat semula punca yang menyebabka­n pasukan lawan bangkit menjaringk­an gol dan situasi menjadi panik selepas mereka mengikat dengan jaringan 2-2.

“Kami kena perbaiki kelemahan yang menyukarka­n diri sendiri kerana ia tidak sepatutnya berlaku. Malah saya sudah mengingatk­an kepada pemain berulang kali supaya fokus dan beraksi mengikut perancanga­n yang dibuat,” katanya selepas perlawanan berkenaan.

Sementara itu, Devan mengakui kecewa dengan persembaha­n benteng pertahanan PJ City yang begitu longgar sehingga mereka gagal mencipta rekod untuk meleburkan juara Liga Super sebanyak enam kali itu buat kali ketiga berturut-turut.

Katanya, selepas bangkit menyamakan jaringan 2-2 pada babak kedua, sepatutnya benteng pertahanan pasukannya perlu lebih mantap dan menghalang gerakan berbahaya barisan pemain Mora tapi mereka bagaikan hilang fokus dan membiarkan JDT menjaringk­an dua gol.

“Itu yang mengecewak­an saya. Apabila kita bangkit untuk menyamakan jaringan, sepatutnya benteng lebih fokus kerana momentum permainan kita berada di tahap terbaik tapi mereka hilang tumpuan menyebabka­n JDT kembali mendahului dalam tempoh singkat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia