Berita Harian

Sikap pandang rendah punca FELDA ‘tabik’ PDRM

-

Melaka: Jurulatih FELDA United, Mohd Nidzam Jamil berang dengan sikap selesa barisan pemainnya selepas mendahului 3-1 ke atas PDRM yang bermain 10 pemain dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, di sini, kelmarin, namun akhirnya terpaksa tunduk 3-4.

Baginya, keputusan luar jangkaan itu diletakkan ke atas kealpaan dan kelalaian pemain yang mengambil mudah cabaran lawan yang beraksi di Liga Perdana ketika perlawanan masih berbaki kira-kira 20 minit dengan defisit jaringan terbabit.

“Sepatutnya mereka harus ‘bunuh’ perlawanan itu dengan segera berikutan sedang mendahului. Sebaliknya membiarkan tuan rumah mengejar kelebihan jaringan sehingga menyamakan kedudukan dan akhirnya memenangi perlawanan... sesuatu yang perlu diperbetul­kan,” katanya selepas perlawanan.

Nidzam berkata, dalam bola sepak tempoh dua atau tiga minit sekalipun amat berharga berikutan ia boleh mengubah keputusan keseluruha­n dalam tempoh sepanjang saingan sebelumnya.

Kenyataan bekas pemain pertahanan kebangsaan itu jelas benar berikutan dua minit terakhir skuad The Cops berjaya menyamakan kedudukan 3-3 menerusi R Gopinathan m-88 dan gol kemenangan menerusi Azmizi Azmi pada minit ke-90 perlawanan.

Pada pertemuan itu, FELDA membuka jaringan seawal minit kesembilan menerusi S Chanturu dan dua gol menerusi Khairul Amri (m-18 dan m-56 ), sementara Patrick Ronaldinho dan Gopinathan masing-masing menyumbang gol pertama dan kedua PDRM pada minit ke-36 dan ke-78.

Sementara itu, pengendali The Cops, E Elavarasan berkata, kegigihan mencuba dan mengosongk­an pemikiran ketika sedang ketinggala­n 0-1 dan 1-3 menjadi titik tolak kejayaan PDRM menewaskan FELDA United 4-3, kelmarin.

“Saya menjangka keputusan seri pada perlawanan berkenaan, namun mata maksimum yang diraih memberi kelegaaan buat kami bagi mengharung­i saingan berdepan Selangor selepas ini,” katanya.

 ?? (Foto Rasul Azli Samad/bh) ?? Antara aksi FELDA menentang PDRM dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, kelmarin.
(Foto Rasul Azli Samad/bh) Antara aksi FELDA menentang PDRM dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia