Berita Harian

3 tokoh kongsi ilmu kuasai skil, teknik

-

Shah Alam: ‘Kuasa wanita’ terserlah di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 apabila pasukan wanita bola sepak bawah 17 tahun mereka berpeluang menimba pengalaman bersama pemain dan jurulatih profesiona­l yang dibawa khas menerusi program Kembali ke Sekolah anjuran Adidas.

Dalam program berkenaan, seramai 19 pemain sekolah sukan itu berkesempa­tan mempelajar­i skil dan teknik daripada pemain Kuala Lumpur, Irfan Zakaria selain penolong jurulatih skuad kebangsaan lelaki negara, S Balachandr­an dan pemain futsal wanita kebangsaan, Steffi Sarge Kaur.

Malah, kehadiran Irfan sendiri amat dinantikan skuad berkenaan untuk saling berkongsi pengalaman antara satu sama lain apatah lagi pemain ‘City Boys’ itu adalah bekas pelajar sekolah berkenaan, manakala Steffi sentiasa memberi motivasi buat mereka.

“Bukan senang untuk menerima latihan daripada jurulatih Malaysia. Kami juga menimba pengalaman bersama pemain yang sudah berjaya dan bagi kami Adidas adalah satu jenama yang berkualiti dan kami menyukainy­a.

“Bagi saya, bola sepak adalah satu sukan yang lasak, bukan sahaja untuk lelaki, tetapi juga perempuan. Bola sepak juga banyak mengajar saya mengenai semangat, kekuatan fizikal dan banyak lagi,” kata penyerang skuad sekolah berkenaan, Nurien Farisya Razali.

Steffi dalam pada itu memberi kata semangat buat pemain dan mahu melihat lebih ramai pemain wanita dapat beraksi pada peringkat antarabang­sa. Malah katanya, permulaan seperti ini adalah satu permulaan yang baik bagi mengasah bakat muda.

“Mungkin ada yang menyatakan perempuan tidak seharusnya bermain bola sepak, tetapi kita harus tolak pandangan negatif itu dan ambil positif mengenainy­a,” kata Steffi.

 ??  ?? Aksi pemain Malaysia ketika menewaskan Vietnam pada separuh akhir.
Aksi pemain Malaysia ketika menewaskan Vietnam pada separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia