Berita Harian

Maniam enggan letak harapan terlalu tinggi

-

Kuala Lumpur: P Maniam enggan memberi sebarang tekanan kepada barisan pemainnya menjelang aksi final Kejohanan B-15 Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) berdepan tuan rumah di Stadium Kampus, Chonburi, Thailand, hari ini.

Justeru, pengendali berkenaan enggan meletakkan harapan terlalu tinggi dan hanya mahu melihat pemain mengekalka­n persembaha­n cemerlang sepanjang kejohanan.

Katanya, dengan semangat tinggi yang ada dalam pasukan ketika ini, tidak mustahil untuk skuad negara muncul juara pada Kejohanan AFF B-15 itu.

“Semua pemain memberikan persembaha­n terbaik dan sangat komited sepanjang kejohanan. Mereka juga mempamerka­n disiplin tinggi di dalam padang terutama ketika bertahan dan menyerang.

“Skuad ini lebih kepada pembanguna­n dan apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa memberikan motivasi dan semangat kepada pemain untuk mempamerka­n prestasi terbaik sama ada secara individu atau berpasukan,” katanya.

Skuad muda negara mengesahka­n tempat pada pentas akhir selepas menundukka­n Vietnam 3-1 dalam aksi separuh akhir, manakala Thailand pula mengatasi Indonesia 2-0.

Selain itu, Maniam turut menganggap kejayaan pasukannya mara hingga ke final adalah hasil daripada usaha semua pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Pujian juga perlu di berikan kepada barisan kejurulati­han kerana mereka melakukan tugas dengan baik sepanjang sebulan ini. Setiap pagi mereka akan berjumpa pemain untuk menilai keadaan pemain,” katanya.

Pasukan bawah 17 tahun SMK Seksyen 11

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? giat menjalani latihan pada program Kembali ke Sekolah anjuran Adidas.
(Foto Faiz Anuar/bh) giat menjalani latihan pada program Kembali ke Sekolah anjuran Adidas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia