Berita Harian

Air terawat disalur ke Lubok Antu

-

Lubok Antu: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Lubok Antu Fasa II dijadualka­n bermula dalam tempoh terdekat, sekali gus mengakhiri penantian penduduk setempat untuk menikmati bekalan air bersih dan terawat.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang, berkata projek berkenaan sudah diluluskan pelaksanaa­nnya membabitka­n kos keseluruha­n RM117.8 juta.

Beliau menjelaska­n projek berkenaan sudah ditender pada 20 Jun 2019, dengan surat setuju terima dijangka dapat dikeluarka­n pada suku ketiga tahun ini.

“Pelaksanaa­n Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Lubok Antu Fasa II dijangka mengambil masa 24 bulan dan dijangka siap pada penghujung 2021.

“Apabila projek ini siap, ia dijangka dapat membekalka­n air terawat kepada 54 perkampung­an merangkumi 1,050 rumah atau 20,112 penduduk iaitu 70 peratus penduduk kawasan Lubok Antu, termasuk lima buah sekolah,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Menurut Jugah, projek berkenaan membabitka­n pemasangan paip utama sepanjang 22.5 kilometer dan paip agihan sepanjang 140 kilometer.

Katanya, penambahan kapasiti pembinaan loji rawatan air daripada 7.5 juta liter sehari (JLH) kepada 15 JLH akan dilaksanak­an dengan tambahan empat tangki takungan air dan tiga buah stesen penggalak.

“Kita bersyukur kerana pelaksanaa­n projek ini dalam tempoh terdekat akan dapat membantu menyelesai­kan masalah air dihadapi selama ini,” katanya.

Beliau menambah dengan adanya sumber air bersih itu, kehidupan penduduk di kawasan Parlimen Lubok Antu akan lebih mudah dan selesa serta tidak perlu lagi bimbang terhadap keselamata­n dan kesihatan.

“Kita berharap mereka mendapat kehidupan lebih baik dengan menggunaka­n sumber bekalan air untuk kehidupan harian,” katanya.

Pelaksanaa­n Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Lubok Antu Fasa II dijangka mengambil masa 24 bulan dan dijangka siap pada penghujung 2021.

Jugah Muyang, Ahli Parlimen Lubok Antu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia