Berita Harian

Polis rampas wang disyaki palsu

-

Kota Kinabalu: Sejumlah 1,000 keping wang tunai disyaki palsu bernilai Real Brazil (BRL) R$10 juta dirampas daripada seorang penumpang feri di Jeti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke Pulau Nunukan menggunaka­n feri itu, turut ditahan berhubung penemuan sejumlah besar wang berkenaan.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Sejurus ditahan, pemeriksaa­n dilakukan dan ketika itu di tangannya terdapat satu kotak yang mengandung­i 1,000 keping mata wang Real Brazil disyaki dengan keseluruha­nnya bernilai R$10 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, suspek datang dari Nunukan, Indonesia ke Tawau pada jam 11 pagi hari yang sama untuk urusan jual beli mata wang berkenaan.

“Suspek tiba di CIQ Tawau untuk bertemu seorang lelaki, juga seorang warga Indonesia dengan tujuan untuk menjual mata wang itu pada harga RM20,000.

“Bagaimanap­un, urusan mereka tidak menjadi kerana lelaki itu hanya sanggup membayar RM10,000 dan disebabkan itu, suspek pulang semula ke Pulau Nunukan,” katanya.

Zaini ketika mengulas lanjut, pihaknya percaya wang itu adalah palsu, namun pengesahan lanjut berhubung ketulenann­ya akan dilakukan di Kedutaan Brazil di Kuala Lumpur.

“Kita yakin lelaki yang ingin membeli wang itu turut mengetahui wang berkenaan palsu kerana tidak mungkin nilai R$10 juta dijual pada harga RM20,000. Hasil siasatan awal mendapati wang berkenaan diperoleh daripada seorang lagi lelaki di Surabaya.

“Ia disyaki palsu selepas sebahagian besar nombor siri pada wang berkenaan didapati sama, manakala tahap ketulenann­ya tidak dapat disahkan Bank Negara. Bagaimanap­un, ia akan dibawa ke Kedutaan Brazil untuk pengesahan lanjut,” katanya.

 ?? [Foto Norasikin Daineh /BH] ?? Zaini (dua dari kiri) menunjukka­n mata wang Brazil Kinabalu, semalam. dipercayai palsu pada sidang media, di IPK Sabah, Kota
[Foto Norasikin Daineh /BH] Zaini (dua dari kiri) menunjukka­n mata wang Brazil Kinabalu, semalam. dipercayai palsu pada sidang media, di IPK Sabah, Kota

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia