Berita Harian

30,200 jemaah haji Malaysia tiba di Arafah untuk berwukuf

Pergerakan dipecahkan kepada tiga kumpulan berjalan lancar

-

Makkah: Semua 30,200 jemaah haji Malaysia tiba di Arafah malam tadi waktu tempatan, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan atau 11 pagi waktu Malaysia, iaitu lebih awal kerana jalan di sekitar Masjidil Haram ditutup pada jam 10 pagi untuk solat Jumaat semalam.

“Jemaah haji dihantar dengan tiga kumpulan, pada masa ini sebanyak 25 peratus jemaah haji telah mula bergerak dan 15 peratus telah sampai di Arafah. Alhamdulil­lah pergerakan jemaah haji berjalan lancar.

“Insya-allah kumpulan pertama dan kedua berjalan pagi ini (semalam), namun kita jangkakan ada jemaah haji dalam kumpulan ketiga dihantar selepas solat Jumaat pada pukul 2 petang ini (semalam),” katanya kepada pemberita setelah melepaskan jemaah haji menuju ke Arafah di Abraj Janadryiah di sini, semalam.

Operasi masyair Tabung Haji (TH) membabitka­n 640 petugas haji kebajikan dan perubatan yang digerakkan dengan lebih awal ke Arafah, Mudzalifah dan Mina.

Ini adalah pergerakan jemaah terbesar bagi menyertai lebih dua juta lagi jemaah dari seluruh dunia untuk berwukuf sebagai rukun kedua ibadah haji.

Syed Saleh berkata, untuk program Safari Wukuf pula, persediaan sedang dilakukan petugas TH untuk membawa pesakit di wad Pusat Rawatan TH Syisyah di sini untuk berwukuf di Arafah.

“Sehingga semalam (kelmarin) kita ada 98 pesakit untuk dibawa dan kita akan memuktamad­kan jumlah dan bila jemaah haji berkenaan akan dibawa ke Arafah,” katanya. BERNAMA

Jemaah haji dihantar dengan tiga kumpulan, pada masa ini sebanyak 25 peratus jemaah haji telah mula bergerak dan 15 peratus telah sampai di Arafah.

Syed Saleh Syed Abd Rahman,

Ketua Rombongan Haji Malaysia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah jam 6 pagi waktu tempatan, semalam.
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah jam 6 pagi waktu tempatan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia