Berita Harian

KERETA NASIONAL BAHARU Dilancar 2021

Hasil kerjasama dengan Daihatsu bakal dilancar pada Mac 2021

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Alzahrin Alias bhnews@bh.com.my

DREAMEDGE Sdn Bhd dipilih membangunk­an kereta nasional baharu dengan kerjasama Daihatsu Motor Company. Prototaip kereta sedan segmen C teknologi hibrid itu akan diumumkan Mac tahun depan dan dilancarka­n di pasaran Mac 2021.

Cyberjaya: Firma penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), DREAMEDGE Sdn Bhd (DREAMEDGE), dipilih untuk membangunk­an kereta nasional baharu yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penghasila­n kereta nasional baharu itu mendapat kerjasama Daihatsu Motor Company dari Jepun, bagi pembanguna­n bersama dan penyediaan teknologi.

Kereta nasional baharu itu dijangka menggunaka­n model sedan segmen C dengan teknologi hibrid.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, berkata model pertama kereta nasional baharu itu akan dilancarka­n pada Mac 2021, manakala model prototaip sepenuhnya akan diumumkan pada Mac tahun depan.

Beliau berkata, kereta nasional itu akan menggunaka­n teknologi baharu dan akan ditawarkan pada harga yang berpatutan.

“Pemilihan DREAMEDGE dibuat berdasarka­n kepakaran yang dimiliki mereka dalam pembanguna­n teknologi baharu berkaitan automotif.

“Daihatsu akan memberi sokongan teknologi dalam beberapa bidang berkaitan seperti penyediaan platform dan pembanguna­n enjin.

“Objektif kereta nasional baharu adalah membangunk­an teknologi baharu yang jimat tenaga dan menggunaka­n sistem hibrid yang mana syarikat ini memiliki kepakaran,” katanya pada sidang media mengumumka­n pembangun projek kereta nasional baharu di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DREAMEDGE, Khairil Adri Adnan serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IOT Malaysia (MARII), Datuk Madani Sahari.

Mengulas lanjut, Darell berkata, pembanguna­n model kereta nasional baharu itu dibangunka­n sepenuhnya DREAMEDGE tanpa bantuan dana daripada kerajaan.

Katanya, ia dibiayai sepenuhnya melalui pelaburan swasta namun syarikat itu boleh memohon geran daripada kerajaan.

Bagaimanap­un, ketika ditanya berhubung nama jenama dan model kenderaan serta cadangan harga jualan, Darell berkata, ia masih dalam perbincang­an dan akan diumumkan kelak.

Sementara itu, Khairil Adri berkata, pembanguna­n projek itu menggunaka­n sepenuhnya dana daripada DREAMEDGE bernilai ratusan juta ringgit dan pihaknya masih meninjau pelaburan baru.

“Kami menjalin kerjasama dengan Daihatsu dalam perkongsia­n teknologi tanpa membabitka­n sebarang pegangan ekuiti daripada syarikat itu.

“Ia adalah inisiatif sepenuhnya pihak kami sebelum mengusulka­n kepada kerajaan sekitar enam bulan lalu.

Pemilihan DREAMEDGE dibuat berdasarka­n kepakaran yang dimiliki mereka dalam pembanguna­n teknologi baharu berkaitan automotif.

Darell Leiking, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

“Ada beberapa jenis model yang dipertimba­ngkan namun perincian berhubung perkara itu akan diumumkan kelak,” katanya.

DREAMEDGE syarikat berstatus MSC yang diasaskan pada 2007, dijangka membangunk­an kenderaan elektrik jarak jauh (REEV), selari dengan Dasar Automotif Nasional yang diperkenal­kan 10 tahun lalu.

Ia antara syarikat projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

 ??  ??
 ?? [Foto Mohd Fadli Hamzah/bh] ?? Darell bersalam dengan Khairil Adri selepas pengumuman kereta kebangsaan baharu di Cyberjaya, semalam.
[Foto Mohd Fadli Hamzah/bh] Darell bersalam dengan Khairil Adri selepas pengumuman kereta kebangsaan baharu di Cyberjaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia