Berita Harian

Syarikat pakar inovasi kejurutera­an automotif

-

Kuala Lumpur: DREAMEDGE Sdn Bhd (DREAMEDGE) adalah sebuah syarikat berstatus MSC yang diasaskan pada 2007 oleh Khairil Adri Adnan.

Khairil Adri, selaku Ketua Eksekutif DREAMEDGE, adalah graduan kejurutera­an elektronik dari Polytechni­c University Japan dan mempunyai kebolehan berbahasa Jepun.

Selepas tamat pengajian, Khairil berkhidmat hampir tujuh tahun dengan syarikat gergasi dalam bidang kejurutera­an dan pengeluara­n di Jepun, Digital Process Ltd (Dipro).

Penubuhan DREAMEDGE bermula daripada sifat terbuka bekas majikannya di Jepun yang memberi peluang kepada pekerja menyumbang sesuatu yang lebih berharga kepada syarikat tanpa mengira usia dan pangkat.

Peluang yang dibuka itu digunakann­ya untuk mendekati Presiden Dipro ketika itu, Toshiaki-mase, bagi membolehka­nnya mengemukak­an cadangan yang sudah lama bermain di fikirannya.

Sifat tidak kenal erti lelah dalam menuntut pengetahua­n dan peluang itu akhirnya membuahkan hasil kepada anak kelahiran Taiping, Perak apabila Mase meluluskan geran persendiri­an daripada Dipro bernilai RM3 juta untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia berasaskan kepakaran teknologi digital yang diambil dari Jepun pada 2007.

Kepercayaa­n itu diberikan selepas Mase melihat kesungguha­nnya untuk meluaskan bidang kejurutera­an digital di Malaysia yang dikatakann­ya masih tertinggal sekurang-kurangnya 15 tahun berbanding Jepun.

Bermula dari situ, Khairil Adri membangunk­an sendiri syarikatny­a itu yang bermula dengan empat pekerja, termasuk seorang pekerja dari Jepun yang diambil bagi mewujudkan daya saing dalam kalangan pekerja tempatan.

Kini, DREAMEDGE mempunyai lebih 150 pekerja berkemahir­an tinggi tempatan selain mempunyai kemudahan lengkap dalam pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang menyokong ekosistem inovasi dan pembanguna­n produk selain pusat rekaan kejurutera­an digital serta pusat inovasi dan prototaip di Malaysia.

Syarikat yang menumpukan kepada perkhidmat­an kejurutera­an digital dan perundinga­n itu turut mempunyai pejabat di Jepun dan Turki bagi membolehka­nnya memberikan perkhidmat­an kepada permintaan dari dua negara terbabit.

DREAMEDGE juga mempunyai kerjasama strategik dengan syarikat dari Perancis, Ingeliance Groupe France serta jalinan usaha sama dengan syarikat Jepun, Tokyo R&D Asia.

Antara projek yang pernah dijalankan DREAMEDGE sebelum ini adalah sebagai perunding dan pengeluar peralatan tulen (OEM) pembuatan automotif beberapa jenama kenderaan tempatan dan antarabang­sa serta tren.

DREAMEDGE juga terbabit dalam proses pembanguna­n prototaip model baharu bagi pengeluar kenderaan dari Jepun.

Keupayaan syarikat itu kini merangkumi segmen automotif, rel, tenaga, aeronautik, naval dan pembuatan.

Bagi membolehka­n terus berdaya saing seiring dengan firma R&D global, DREAMEDGE turut memperluas­kan kepakarann­ya dalam segmen prototaip, robotik, internet untuk segalanya (IOT), Industri 4.0, kandungan digital dan pendidikan selain program pembanguna­n modal insan.

DREAMEDGE juga terbabit dalam beberapa projek mega berkaitan inovasi teknologi baharu di peringkat tempatan dan global.

Malah, keupayaann­ya dalam menghasilk­an prototaip automotif turut mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

Syarikat itu pernah menghasilk­an prototaip motosikal kuasa tinggi tiga roda yang menggunaka­n kuasa elektrik sepenuhnya beberapa tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia