Berita Harian

400 hadapi masalah visa furada gagal tunai rukun Islam kelima

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 400 bakal jemaah haji yang dikendalik­an beberapa agensi pelanconga­n dikesan gagal menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini kerana masalah visa furada.

Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada, Ahmad Tajuddin Idris, berkata data itu diperoleh daripada beberapa agensi pelanconga­n yang mengendali­kan urusan bakal jemaah haji terbabit.

Katanya, mereka termasuk 26 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Raja Abdul Aziz di Jeddah sejak Isnin lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu.

“Kebanyakan jemaah berkenaan tidak dapat berlepas ke Makkah dan ada yang mendapatka­n khidmat nasihat saya, tetapi masalah visa furada itu sukar diselesaik­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Visa furada adalah visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan tidak membabitka­n kuota haji sesebuah negara. Ia biasanya diberikan pada saat-saat akhir berdasarka­n kekosongan yang ada.

Ahmad Tajuddin berkata, ada antara bakal jemaah berkenaan diperdayak­an mereka yang menyamar sebagai ‘orang dalam’ yang kononnya boleh mendapatka­n visa dari Kedutaan Arab Saudi di sini.

Beliau berkata, individu berkenaan memberi jaminan kepada agensi pelanconga­n terbabit bahawa mereka boleh menguruska­n visa furada dengan bayaran sehingga RM20,000 setiap visa.

“Kemungkina­n apa yang berlaku adalah pasport jemaah diambil kemudian disunting nama mereka dalam visa furada yang dicetak tetapi bar code tidak diubah.

“Agensi pelanconga­n menguruska­n

Kebanyakan jemaah berkenaan tidak dapat berlepas ke Makkah dan ada yang mendapatka­n khidmat nasihat saya, tetapi masalah visa furada itu sukar diselesaik­an.

Ahmad Tajuddin Idris, Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada

visa berkenaan pula tidak membuat semakan sebelum berlepas dan apabila tiba di Arab Saudi dan diimbas di pusat pemeriksaa­n imigresen, gambar orang lain yang muncul,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Alumni Universiti-universiti Arab Saudi Malaysia (WASIM) mendakwa ada usaha memburukka­n Arab Saudi berkaitan urusan visa haji berikutan insiden 26 bakal jemaah haji yang dihantar pulang selepas terkandas di Jeddah.

Presidenny­a, Ahmad Hasyimi Che Pa, berkata Arab Saudi memberikan melalui Tabung Haji (TH) kuota haji tahunan serta kuota tambahan untuk rakyat Malaysia.

“TH sebagai pihak pengurusan haji rasmi di Malaysia menguruska­n jemaah mengikut kuota rasmi dan kuota tambahan dengan baik bersama agensi yang diberi lesen haji dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, TH menegaskan ia tidak bertanggun­gjawab menguruska­n visa furada kerana ia dikendalik­an secara terus oleh agensi pelanconga­n dan umrah serta pihak individu bersama Kedutaan Arab Saudi di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata TH hanya mengendali­kan 30,200 jemaah serta visa haji yang diperoleh secara rasmi mengikut jumlah kuota yang diberi kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.

“Bagi agensi-agensi pelanconga­n pula, TH hanya menguruska­n syarikat yang diiktiraf TH serta mendapat lesen Pengelola Jemaah Haji.

“TH juga tidak dibenarkan untuk menguruska­n jemaah haji furada serta yang menunaikan haji melalui syarikat yang tidak mempunyai lesen PJH,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia