Berita Harian

Kementeria­n sedia bincang jenama semula kerja 3D

Cadangan MEF akan dibawa dalam mesyuarat minggu depan: Kulasegara­n

- Aminridzua­n@bh.com.my

Oleh Amin Ridzuan Ishak Sungai Buloh: Kementeria­n Sumber Manusia mahu menemui Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF) minggu depan, antara lain bagi membincang­kan usaha penjenamaa­n semula sektor pekerjaan 3D (kotor, sukar dan berbahaya).

Menterinya, M Kulasegara­n, berkata pihaknya mahu mendapatka­n pandangan mengenai perkara yang dicadangka­n Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan, dalam program Bicara BH bertajuk Penganggur­an Siswazah: Di Mana Silap, Apa Penyelesai­an di Balai Berita, Bangsar di sini, kelmarin.

“Minta MEF beritahu saya (idea menjenamak­an semula sektor pekerjaan 3D) apabila kita bermesyuar­at minggu depan.

“Kita ambil maklum perkara itu,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara Daikin Malaysia dengan Jabatan Tenaga Manusia di sini, semalam.

Dalam forum anjuran BH kelmarin, Shamsuddin mencadangk­an supaya sektor pekerjaan khususnya dalam kategori 3D yang selama ini banyak dikuasai tenaga kerja asing, diberi suntikan penjenamaa­n semula supaya mampu menarik minat pekerja tempatan, khususnya siswazah.

Beliau dilaporkan berkata, antara langkah yang boleh dipertimba­ng ialah penggunaan teknologi dalam sektor dikenal pasti supaya selari dengan era industri kini yang semakin bergerak ke arah automasi dan mekanisasi.

Mengambil contoh kerja pembersiha­n sungai, Shamsuddin yakin pekerja tempatan termasuk siswazah pasti tertarik bekerja sekiranya majikan menyediaka­n mesin bersesuaia­n dilengkapi pendingin hawa dan gaji berpatutan.

Menerusi langkah itu, katanya, kebergantu­ngan terhadap pekerja asing dapat dikurangka­n termasuk dalam kategori pekerjaan 3D, apabila rakyat tempatan mulai mengisi kekosongan berkenaan.

Bagi menjayakan penjenamaa­n semula itu, beliau meminta majikan mengambil langkah berani untuk melabur dalam aspek teknologi memandangk­an era industri kini semakin menuju automasi dan mekanisasi.

Dalam perkembang­an lain, Kulasegara­n berkata, kerajaan boleh mempertimb­angkan semula keputusan menghentik­an pengambila­n pekerja asing bagi empat subsektor perkhidmat­an iaitu dobi, tekstil, tukang gunting dan tukang emas dalam tempoh tiga tahun lagi sekiranya ada keperluan.

“Setakat ini, ia adalah muktamad, tetapi kalau ada sebab-sebab lain, kerajaan boleh pertimbang semula keputusan,” katanya.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas jumlah pekerja asing dalam empat subsektor itu yang bekerja di negara ini pada masa sekarang dan meminta ia dirujuk kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN). Kuala Lumpur: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan semalam merayu sumbangan ikhlas bagi membantu meringanka­n beban kira-kira 250 ahli kesatuan kalangan wartawan, jurugambar dan artis grafik yang tidak mendapat bayaran gaji sejak dua bulan lalu.

Setiausaha NUJ cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar, ketika melancarka­n Tabung Prihatin NUJ Utusan, berkata sumbangan boleh dimasukkan ke akaun CIMB National Union of Journalist­s - 8000367100.

Katanya, keadaan semakin kritikal apabila sebilangan pekerja terbabit terpaksa meminjam daripada Along dan bergolok gadai bagi menanggung keluarga.

“Ahli kami kini diburu bank kerana kelewatan pembayaran gaji sejak awal tahun dan keadaan bertambah buruk apabila ahli kesatuan tidak mendapat gaji bulan lalu.

“Bagi pekerja eksekutif, masalah gaji dirasai sejak Jun lalu dan kelewatan gaji sejak awal tahun ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung NUJ Malaysia, Chin Sung Chew dan Bendahari Pusat NUJ Malaysia, Baharuddin Yaacob.

Sementara itu, Sung Chew berkata, NUJ cawangan Utusan merancang mengadakan piket pada 19 Ogos ini kerana pelanggara­n tatacara perjanjian bersama, iaitu lewat membayar gaji.

“Saya percaya tindakan majikan tidak membayar gaji sebagai satu usaha untuk memberi tekanan kepada pekerja berhenti sendiri tanpa mendapat sebarang pampasan,” katanya.

Minta MEF beritahu saya (idea menjenamak­an semula sektor pekerjaan 3D) apabila kita bermesyuar­at minggu depan.

M Kulasegara­n, Menteri Sumber Manusia

 ??  ??
 ??  ?? Keratan muka depan akhbar BH semalam.
Keratan muka depan akhbar BH semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia