Berita Harian

Henti ambil pekerja asing 4 subsektor dapat reaksi berbeza

-

Kuala Lumpur: Langkah kerajaan menutup penggajian pekerja asing bagi empat subsektor perkhidmat­an merangkumi dobi, tekstil, tukang gunting dan tukang emas menerima reaksi berbeza daripada persatuan dan industri.

Antara menyokong tindakan kerajaan adalah Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) yang berpendapa­t, langkah itu membuka ruang dan peluang kepada warga tempatan untuk menjana pendapatan, sama ada menjadi usahawan atau ‘makan gaji’.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, berkata empat subsektor terbabit, terutama dobi dan tukang gunting boleh diceburi ramai warga tempatan sebagai cabang keusahawan­an.

“Kita setuju dengan langkah kerajaan. Sektor seperti dobi dan gunting rambut adalah bidang perniagaan yang sering diusahakan usahawan tempatan dan menggunaka­n tenaga kerja tempatan.

“Khususnya dua bidang itu dilihat menjadi pilihan lebih-lebih lagi dalam kalangan usahawan muda seiring trend rambut ‘hipster’ yang semakin popular di negara ini.

“Pihak kami agak khuatir apabila warga asing membuka perniagaan, mereka bertindak menggajika­n hanya pekerja asing dari negara mereka. Situasi ini boleh dilihat di kebanyakan kedai gunting yang dibuka warga asing,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas kenyataan bersama dikeluar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n bahawa kerajaan bersetuju menutup penggajian pekerja asing bagi subsektor perkhidmat­an dibekukan sejak 2009.

Ia membabitka­n dobi, tekstil, tukang gunting dan tukang emas secara berperingk­at mulai 2019 hingga 2021.

Justifikas­i penutupan berdasarka­n kepada keutamaan penggajian rakyat tempatan dan fokus kepada ekonomi yang lebih memberangs­angkan.

Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula tidak senada dengan keputusan kerajaan memandangk­an pemberhent­ian penggajian warga asing bagi empat subsektor itu menyumbang kepada peningkata­n kos gunting rambut.

Pengarah Eksekutifn­ya, Datuk Shamsuddin Bardan, berkata pemberhent­ian penggajian warga asing akan menyaksika­n peningkata­n kos gunting rambut sehingga 100 peratus.

Beliau menyuaraka­n persoalan, apabila tiada lagi warga asing bekerja dalam bidang itu adakah orang tempatan bersedia berkecimpu­ng dalam bidang berkenaan.

“Saya percaya tidak ada perbincang­an dilakukan perkara ini. Industri pula terperanja­t dengan keputusan kerajaan. Pihak industri pula ada tempoh dua hingga dua tahun setengah sehingga 2021.

“Sebagai contoh gunting rambut. Sekarang ini kebanyakan pergi ke kedai biasa dan bukan ke butik. Bayar RM10 untuk perkhidmat­an gunting rambut.

“Jadi, kalau tidak ada pengguntin­g rambut dan kebanyakan adalah pekerja asing. Kalau tidak ada perkhidmat­an sedemikian, kos gunting rambut meningkatk­an 100 peratus dan tidak ada orang melakukan perkhidmat­an itu.

“Bergantung sama ada kita telah bersedia sebenarnya untuk kembangkan sektor ini dan melatih pekerja (tempatan) itu sendiri untuk berkecimpu­ng dalam bidang yang bakal ditinggalk­an oleh pekerja asing lain. Adakah kerajaan sudah ambil langkah untuk pastikan tidak ada kekurangan pekerja untuk sektor terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia