Berita Harian

Sokong syor motosikal guna lorong kiri

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kerja Raya menyokong cadangan mengehadka­n penunggang motosikal untuk menggunaka­n hanya lorong kiri atau lorong perlahan di jalan raya atau lebuh raya sebagai dasar baharu bagi menurunkan statistik kemalangan membabitka­n golongan itu.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, dalam satu temu bual dengan portal berita dalam talian The Mole berkata dasar yang dicadangka­n itu akan memaksa penunggang motosikal menggunaka­n lorong itu sahaja, terutama pada waktu puncak sebelah pagi dan petang pada hari bekerja.

“Perangkaan mengenai kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya pada waktu puncak ketika ke tempat kerja atau pulang yang membabitka­n penunggang motosikal dan pembonceng sudah mencapai tahap yang membimbang­kan sejak empat tahun lalu,” katanya.

Menurut perangkaan, lebih 4,000 orang mati dalam kemalangan motosikal setiap tahun dan beribu-ribu lagi cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia