Berita Harian

Timba pengalaman berharga

Anis bersama 19 rakan cipta aplikasi Histomap bantu belajar subjek Sejarah

- Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my

Melaka: “PETRONAS membuka jalan kepada saya untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif,” kata Muhammad Anis Firdausi Hazmi.

Muhammad Anis, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka, meraih kejayaan cemerlang dengan keputusan 10A menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga melayakkan dirinya, menjadi salah seorang daripada 400 penerima Program Tajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) baru-baru ini.

Selain daripada aktif dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum, Muhammad Anis juga pernah mengharumk­an nama diri, sekolah dan negeri selepas dinobatkan sebagai johan bagi pertanding­an PETRONAS All About Youth (AAY) 2017.

Pengalaman berharga Muhammad Anis, apabila beliau bersama 19 rakannya berjaya menarik perhatian juri AAY 2017 dengan ciptaan inovatif aplikasi mudah alih dikenali sebagai ‘Histomap’, bertujuan membantu pelajar mempelajar­i subjek Sejarah dalam bentuk peta minda.

Berkongsik­an momen ketika ditemuduga sebagai calon PESP menerusi sesi ujian dan temuduga yang kenali sebagai PETRONAS Youngstars Day, Muhammad Anis mengakui, pengalaman yang ditimba sewaktu menyertai program AAY, meningkatk­an keyakinann­ya ketika berdepan dengan panel penemuduga.

“Ketika menyertai AAY, bermula pada peringkat saringan negeri hinggalah ke pentas akhir, saya dan rakan menerima galakan sepenuhnya daripada pegawai dan kakitangan PETRONAS menerusi anak syarikatny­a, Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) yang beroperasi di Melaka,” katanya.

Jelasnya lagi, tanpa apa-apa pengetahua­n dan pengalaman, mereka korbankan sedikit masa belajar untuk menyiapkan aplikasi itu dengan bantuan pegawai MRCSB, dan kini aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Dengan menewaskan empat finalis lain, kumpulan diketuai Muhammad Anis sebagai wakil Melaka itu berjaya membawa pulang hadiah utama RM50,000 tajaan PETRONAS dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Dengan sokongan pendidik terhadap kejayaan kami, aplikasi itu kini diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan teknologi maklumat komunikasi (ICT) SMK Tinggi Melaka menerusi kluster kecemerlan­gan ICT yang dikendalik­an oleh beberapa guru pakar.

“Beberapa penambahba­ikan juga sedang dilaksanak­an oleh pihak sekolah berikutan banyak silibus bertukar kepada yang baharu, seperti yang diumumkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Kami juga sedang bekerjasam­a dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) untuk menambah baik pelayan (server) dan pengaturca­raan (programmin­g) kepada yang terkini kerana universiti itu mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan,” tambahnya.

Kini, Muhammad Anis melanjutka­n pelajaran di peringkat A-level selama dua tahun di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin dan berhasrat melanjutka­n pengajian di universiti di United Kingdom.

“Selain daripada keputusan cemerlang SPM lalu, tawaran melanjutka­n pengajian urusan Kejurutera­an Kimia yang ditaja oleh PETRONAS ini juga adalah hadiah buat arwah ibu saya,” kata Muhammad Anis yang kehilangan ibunya ketika berusia 11 tahun.

 ??  ?? Muhammad Anis pada Majlis Penyampaia­n Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara.
Muhammad Anis pada Majlis Penyampaia­n Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia