Berita Harian

23 Komando VAT 69 dikerah sertai SAR

Pasukan khas pergiat operasi cari, menyelamat berdasarka­n kepakaran

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Siti Azila Alias dan Azzman Abdul Jamal Seremban: Seramai 23 anggota Komando VAT 69 dikerahkan semalam bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang memasuki hari ketujuh hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, berkata pasukan khas yang berpangkal­an di Ipoh itu dibawa untuk memperkuat­kan penugasan SAR, berdasarka­n kepakaran dan pengalaman yang ada pada mereka.

Kelmarin polis menggunaka­n khidmat unit Senoi Praaq dalam SAR itu.

Katanya, setakat ini pihaknya belum menemui sebarang petunjuk kukuh berhubung kes itu namun tidak akan berputus asa dan akan terus mencari hingga remaja itu ditemui.

“VAT 69 adalah pasukan elit dan kita percaya mereka boleh bantu dalam pencarian Nora Anne.

“Kita akan teruskan pencarian dengan memfokuska­n kawasan lingkungan enam kilometer hingga ke malam. Dron akan digunakan untuk mengesan haba pada waktu itu dan berharap akan dapat petunjuk,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, semalam.

Che Zakaria dalam pada itu menjelaska­n sehingga ini operasi SAR tidak menemui sebarang jejak.

Bagaimanap­un, katanya usaha akan terus dipergiat dengan melakukan pemeriksaa­n semula di semua lokasi dalam lingkungan radius itu bagi mengesahka­n titik tepat di mana mangsa sebenarnya hilang.

Beliau berkata, seorang pegawai kanan polis dari Bukit Aman ditugaskan untuk menemani keluarga mangsa sepanjang tempoh pencarian bagi memaklumka­n segala maklumat terkini selain menghulurk­an bantuan lain yang diperlukan.

“Ibu bapa mangsa juga ada turun ke pusat SAR dan merakamkan penghargaa­n kepada pihak berkuasa yang membantu dalam pencarian anak mereka,” katanya.

Pada perkembang­an sama, Che Zakaria turut mengesahka­n bahawa mangsa masuk ke negara ini bersama bapanya dan dua adik-beradiknya dari London melalui Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu.

Ibunya pula tiba sendirian selang 15 hingga 30 minit kemudian

Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Mohd Nor Marzukee Besar,

di lapangan terbang sama dari Singapura.

“Polis sudah menyemak dengan Imigresen dan maklumat diperoleh menunjukka­n tiada pergerakan keluar mangsa dari negara ini setakat ini,” katanya.

Nora Anne yang turut mempunyai masalah pembelajar­an disedari hilang oleh ahli keluargany­a dari resort penginapan mereka dekat Pantai, di sini kira-kira jam 8 pagi 4 Ogos lalu sebelum melaporkan­nya kepada polis.

 ?? [Foto Iqmal Haqim Rosman/bh] ?? Anggota Pasukan Gerakan Am Batalion 3 Unit Senoi Praaq ketika operasi mencari dan menyelamat Nora Anne, semalam.
[Foto Iqmal Haqim Rosman/bh] Anggota Pasukan Gerakan Am Batalion 3 Unit Senoi Praaq ketika operasi mencari dan menyelamat Nora Anne, semalam.
 ?? [Foto Adzlan Sidek/bh] ?? mengedarka­n poster wajah Nora Anne kepada orang ramai di Pantai, Seremban, semalam.
[Foto Adzlan Sidek/bh] mengedarka­n poster wajah Nora Anne kepada orang ramai di Pantai, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia