Berita Harian

PTPTN prihatin ringan beban ibu tunggal

-

Ampang: Kehadiran wakil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagaikan memberi sinar baharu buat Amelia Anuar dalam meneruskan kehidupan selepas kematian suaminya, Nik Azam Nik Abdullah akibat serangan jantung pada 2017.

Ibu tunggal yang mempunyai lima anak itu dan hanya membuat kerja sambilan untuk meneruskan kehidupann­ya, menerima wakalah zakat PTPTN berjumlah RM5,000.

Amelia menerima bantuan perbelanja­an keperluan harian dan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk empat anaknya.

Penyerahan sumbangan itu disampaika­n oleh Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dan Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Mastura berkata, PTPTN bersama Lembaga Zakat Selangor mengunjung­i keluarga Amelia untuk menyampaik­an sedikit sumbangan.

“PTPTN mementingk­an kepada pendidikan dan mahu menggalakk­an ibu bapa, walau apapun berlaku mesti ada perancanga­n kewangan untuk pendidikan anak.

“Memandangk­an Amelia mempunyai lima anak dan empat daripadany­a masih bersekolah, kita mengandaik­an pada masa akan datang anaknya akan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi, jadi kita beri sedikit sumbangan dalam bentuk pembukaan akaun SSPN.

“Kita berharap dengan pembukaan akaun ini, Amelia akan meneruskan tabungan dalam akaun SSPN. Sekiranya ada lebihan wang teruskan menabung dalam akaun SSPN.

“Pemberian sumbangan ini adalah mengikut keperluan penerima. PTPTN sentiasa mempergiat­kan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk membantu asnaf yang memerlukan bantuan,” katanya kepada BH pada kunjungan itu di Bukit Indah, Ampang, dekat sini.

Pada sesi ziarah itu, LZS turut mengemukak­an surat kelulusan bantuan bulanan zakat kepada penerima sebanyak RM500 sebulan bermula Mei 2019.Sementara itu,

Kita berharap dengan pembukaan akaun ini, Amelia akan meneruskan tabungan dalam akaun SSPN.

Amelia melahirkan rasa terima kasih di atas bantuan yang diberikan kerana dapat meringanka­n bebannya.

“Saya tidak bekerja dan sebelum ini perbelanja­an bergantung kepada duit pencen dan PERKESO. Dengan wang sumbangan yang diberikan itu dapatlah dijadikan modal. Saya bercadang untuk menjahit dan saya akan berusaha untuk mengikuti kelas jahitan bagi meningkatk­an kemahiran,” katanya.

Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN

 ??  ?? Wan Saiful (tiga dari kanan) bersama Mastura (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Amelia (tiga dari kiri) pada majlis ziarah dan sumbangan zakat PTPTN di Ampang.
Wan Saiful (tiga dari kanan) bersama Mastura (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Amelia (tiga dari kiri) pada majlis ziarah dan sumbangan zakat PTPTN di Ampang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia