Berita Harian

Penduduk desak batal permit kilang bateri

-

Banting: Hampir 100 penduduk dari Kampung Jenjarom, Kampung Sungai Jarom dan Taman Jarom Mas, di sini, semalam, mengadakan demonstras­i aman membantah operasi sebuah kilang bateri yang dipercayai menyebabka­n pencemaran.

Mereka mendakwa, kilang itu sebelum ini pernah diarahkan tutup selepas didapati bersalah menyebabka­n pencemaran plumbum kepada tanah, air dan udara di kawasan Jenjarom, tetapi diberikan lesen operasi sementara pada awal tahun ini.

Sehubungan itu, mereka mendesak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau kerajaan negeri Selangor supaya membatalka­n segera permit dan tidak menyambung semula kelulusan operasi sementara yang akan tamat pada 19 Ogos ini.

Bantahan di depan kilang itu menyaksika­n peserta demonstras­i melaungkan desakan supaya kerajaan segera bertindak dan kilang itu perlu dipindahka­n ke lokasi lain kerana mengancam kesihatan penduduk.

Mereka membawa pelbagai sepanduk seperti ‘Pekerja kilang bateri bantu orang kampung, anda juga berisiko’, ‘Kilang bateri pindah dari jenjarom’, ‘Kami sakit, korang pun sakit’ dan ‘Bunyikan hon anda tanda menyokong’.

Pada 27 Julai lalu, BH mendedahka­n operasi kilang itu adalah antara punca pencemaran di Sungai Jarom yang bersambung ke Sungai Buaya, di sini.

Kedua-dua sungai itu bersambung ke Sungai Langat, yang menjadi sumber bekalan air penduduk Lembah Klang yang diproses di Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2.

Seorang penduduk, Mohd Nazri Afrizal, 36, berkata selepas beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa dan pengurusan kilang, mereka masih tidak dimaklumka­n mengenai status kilang berkenaan.

“Apa akan jadi selepas 19 Ogos ini. Semua pihak berdiam diri. Bukan di sini tempat mereka kerana ini kawasan industri sederhana, bukan industri berat.

“Fikirkan nasib anak kami. Apa akan jadi dengan nasib mereka. Kami tidak sanggup melihat mereka menderita sakit buah pinggang, sakit otak kerana pencemaran plumbum,” katanya.

Katanya, kedudukan kilang itu yang terletak kira-kira 200 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom boleh menyebabka­n pelajar di situ berisiko terkena penyakit.

Penduduk mendakwa kilang itu membuang sisa proses plumbum ke dalam tanah, namun kesan kotoran kelihatan jelas di parit kecil yang bersambung ke saliran utama di kawasan penempatan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat, Tan Ching Hin menegaskan, wakil mereka pernah masuk ke kilang berkenaan dan terbukti mereka menjalanka­n proses peleburan plumbum.

“Kami pernah masuk ke sana dan mengadakan mesyuarat. Memang ada aktiviti lebur plumbum.

“Kami jalankan ujian makmal dengan kos sendiri dan memang ada kesan plumbum dan unsur pencemaran lain,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid, berkata lesen sementara selama dua bulan yang dikeluarka­n kepada kilang berkenaan selepas menerima dan mengambil kira surat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya.

Katanya, JAS sebagai antara jabatan teknikal memberi ulasan tiada halangan untuk kilang itu meneruskan operasi di premis sedia ada, selepas Perintah Larangan mengikut Seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekililing 1974, ditarik balik.

Katanya, surat sokongan daripada JAS itu dikeluarka­n pada 12 Jun lalu.

“Selain itu, kilang juga perlu mematuhi beberapa syarat yang dikeluarka­n oleh JAS seperti tidak menjalanka­n aktiviti dan operasi melebur plumbum sehingga kelulusan laporan kajian Impak Alam Sekitar (EIA) dikeluarka­n oleh JAS.

 ?? [Foto Sairien Nafis/bh] ?? Penduduk mengadakan demonstras­i aman membantah operasi sebuah kilang bateri di Kampung Sungai Jarum, semalam
[Foto Sairien Nafis/bh] Penduduk mengadakan demonstras­i aman membantah operasi sebuah kilang bateri di Kampung Sungai Jarum, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia