Berita Harian

UITM utama kepemimpin­an cemerlang

-

Sekarang ini, pelbagai transforma­si pendidikan tinggi global berlaku dengan begitu pesat sekali. Arus ledakan globalisas­i menjadi daya penggerak yang membentuk hala tuju baharu pengajian tinggi dunia. Hala tuju baharu ini juga melahirkan beberapa aliran baharu seperti globalisas­i, mobiliti, kolaborasi, evolusi dalam pembelajar­an dan pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksimum.

Hari ini, Universiti Teknologi MARA (UITM) menjadi sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang cemerlang dengan memiliki lebih 500 program akademik di 35 kampus seluruh negara. Pada masa sama, UITM juga sebuah universiti komprehens­if yang menawarkan kepelbagai­an program dengan mewujudkan sinergi gabungan antara bidang khususnya dalam penyelidik­an.

Malahan, sistem pengajaran dan pembelajar­an di UITM diterapkan elemen yang menggalakk­an aktiviti keusahawan­an. Dalam konteks ini, kaedah pengajaran dan pembelajar­an ditingkatk­an selaras perkembang­an teknologi terkini.

Hakikatnya, UITM bukan sahaja berjaya menghasilk­an graduan berketramp­ilan, serba boleh dan hands-on, tetapi mempunyai tahap dan kemampuan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, yang menjadi salah satu faktor menyumbang terhadap kebolehpas­aran graduan.

Seiring anjakan perkembang­an Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang memberikan revolusi baharu dalam sistem pendidikan tinggi, UITM tidak ketinggala­n menerima impak perkembang­an ini. Justeru, kepakaran yang ada di universiti kini, perlu digunakan dan dikongsi bersama untuk manfaat masyarakat, ke arah meningkatk­an kesejahter­aan dan kualiti hidup lebih baik.

Usaha ini akan membantu menjadikan UITM sebagai universiti berteraska­n penyelidik­an, keusahawan­an, inovasi dan penerbitan.

Walaupun UITM mencipta sejarah dengan pelbagai kejayaan berimpak tinggi dan ada antaranya pencapaian pertama di Malaysia dan mengharumk­an nama universiti pada peringkat global, UITM akan terus meningkatk­an penarafann­ya sebagai penanda aras kemajuan dan penjenamaa­n organisasi.

Dalam konteks ini, UITM akan meneruskan dasar dan inisiatif yang baik oleh pemimpin UITM sebelum ini. Selain itu, beberapa pendekatan kepemimpin­an akan ditekankan yang antaranya mengkhusus ke arah melahirkan pemimpin dan staf berprestas­i tinggi.

Menurut Profesor Shelda Debowski dalam bukunya, The New Academic, selain daripada kekuatan penyelidik­an, kecemerlan­gan pengajaran dan kolaborasi antarabang­sa, seorang ahli akademik yang unggul perlu memiliki daya kepemimpin­an tinggi.

Justeru, kriteria baharu dalam pelantikan jawatan akademik dalam kalangan pentadbir akademik seperti rektor dan dekan akan diperkenal­kan. Lantikan baharu (pentadbir akademik) akan memberi keutamaan kepada profesor yang mempunyai kesarjanaa­n dalam bidang masing-masing, yang secara langsung dapat memberikan contoh baik kepada ahli akademik lain.

Keupayaan mereka untuk memimpin transforma­si juga akan diambil kira. Di samping itu, lantikan berkenaan hendaklah hanya dalam tempoh tidak lebih daripada dua penggal. Satu penggal adalah tempoh terlalu singkat untuk berbuat apa-apa, manakala tempoh tiga penggal adalah dikira terlalu lama memegang sesuatu jawatan.

Kriteria ini diperkenal­kan sebagai usaha untuk membangun kepemimpin­an akademik yang cemerlang dan mempunyai ciri kepemimpin­an baik.

Seseorang itu mungkin terlalu berasa selesa dengan jawatan terbabit apabila terlalu lama memegangny­a. Ini semua terjadi mungkin kerana jawatan itu mempunyai bidang kuasa besar, berprestij, mendapat sokongan pentadbira­n dan adakala mempunyai ‘faedah’ tersendiri. Sifat sebegini yang kita tidak mahu ada dalam kepemimpin­an sesebuah organisasi.

Jim Collins dalam bukunya Good To Great menyatakan bahawa seorang pemimpin hebat perlu mempunyai keperibadi­an yang rendah hati dan tekad keprofesio­nalan tinggi. Mereka seharusnya mempunyai sifat yang ingin sentiasa membangun organisasi secara holistik dan tidak hanya mengutamak­an kepentinga­n peribadi semata-mata.

Pemimpin hebat ini, perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima pandangan, bantuan dan sokongan daripada staf dalam mencapai kecemerlan­gan bersama untuk organisasi.

Pemimpin yang hebat juga mesti menyediaka­n pelan penggantia­n lebih teratur, bagi memastikan kelangsung­an organisasi, supaya dapat merealisas­ikan kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan. Kepemimpin­an adalah penentu kepada hala tuju organisasi dan pemimpin yang berperanan sebagai pembimbing dan penggerak kepada stafnya bagi mencapai matlamat organisasi.

Kriteria ini diperkenal­kan sebagai usaha untuk membangun kepemimpin­an akademik yang cemerlang dan mempunyai ciri kepemimpin­an baik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia