Berita Harian

Kaji semula untuk penjenamaa­n jawatan

-

Banyak lagi jenis perjawatan sebenarnya boleh dijenamaka­n semula dan dinaik taraf bagi menarik minat pekerja tempatan, termasuk golongan siswazah sama ada di sektor swasta atau perkhidmat­an awam, yang sesetengah­nya sukar mendapat pekerjaan kerana saingan bagi mengisi sesuatu jawatan yang agak terhad dengan kelulusan dimiliki.

Contohnya, pemandu kepada ketua pegawai eksekutif atau menteri, boleh dijenamaka­n semula sebagai ‘pembantu peribadi’ dengan tugasnya diperluas, termasuk membuat penyelidik­an yang diminta oleh bosnya yang sedang bermesyuar­at. Semua maklumat sekarang di hujung hari dan pembantu itu mempunyai banyak masa sementara menunggu mesyuarat selesai. Jadi pemegang diploma atau ijazah am boleh mengisi jawatan ini.

Kelmarin, Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan mengesyork­an sektor pekerjaan khususnya dalam kategori 3D (kotor, sukar dan berbahaya) yang selama ini banyak dikuasai tenaga kerja asing, perlu diberi suntikan penjenamaa­n semula agar mampu menarik minat pekerja tempatan, termasuk siswazah.

Kita juga tertarik dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pada program sama, iaitu ‘Penganggur­an Siswazah: Di Mana Silap, Apa Penyelesai­an’ apabila menyebut siswazah perlu ada kelebihan lain dalam bentuk sijil melalui kursus pendek seperti kemahiran teknikal tertentu untuk memberi kelebihan apabila mencari pekerjaan. Semua ini perlu bagi mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja asing dan pihak berkuasa perlu melihat sudut penjenamaa­n semula ini secara serius.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia