Berita Harian

Jadikan Asia ‘Harimau dunia’

-

Kita bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin yang yakin Asia mampu melakar kejutan untuk menawan ekonomi global sekiranya setiap negara serantau mengambil sikap berlapang dada untuk mengetepik­an pertikaian lampau.

Sebenarnya, negara Asia boleh bergabung tenaga untuk membentuk satu kesatuan seperti Kesatuan Eropah (EU) dan pastinya dagangan antara Asia itu sendiri sudah besar untuk dikongsi bersama. Namun, usaha itu belum berhasil kerana bertelingk­ah angkara episod lalu.

Bayangkan, jika China dan Jepun bekerjasam­a rapat yang bukan sahaja mampu menyaingi kemampuan ekonomi Amerika Syarikat, malah EU dan dunia sekali pun, ditambah pula dengan kerjasama ekonomi dari negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia.

Begitu juga pada peringkat ASEAN dengan jumlah penduduk 460 juta, sudah pasti membawa manfaat besar dan boleh menjadi rakan dagangan terbesar bagi mana-mana negara Eropah atau Amerika Syarikat. Jika semua negara di Asia boleh melupakan sengketa lampau, maka ekonomi dunia boleh dikuasai ‘Harimau Asia’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia