Berita Harian

Kerajaan fail pertuduhan jenayah 17 individu

Bekas pengarah, pengarah tiga anak syarikat Goldman Sachs antara didakwa

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan Malaysia semalam memfailkan pertuduhan jenayah terhadap 17 individu terdiri daripada bekas pengarah serta pengarah masa kini kepada tiga anak syarikat bank pelaburan Goldman Sachs berkaitan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pertuduhan jenayah terhadap mereka difailkan mengikut Seksyen 367(1), dibaca bersama Seksyen 179 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an, 2007 (CMSA).

Peguam Negara, Tommy Thomas, menerusi kenyataan berkata pada 17 dan 19 Disember 2018, pertuduhan jenayah (Seksyen 179) difailkan terhadap ketiga-tiga anak syarikat Goldman Sachs dan kakitangan utama mereka iaitu Tim Leissner dan Roger Ng, bersama Jasmine Loo Ai Swan daripada 1MDB dan Low Taek Jho.

Katanya, mereka dituduh melakukan skim untuk menipu Kerajaan Malaysia dan pembeli ketiga-tiga bon dengan nilai muka sebanyak USD6.5 bilion yang ditaja jamin dan diatur Goldman Sachs, serta diterbitka­n anak syarikat 1MDB.

“Ia dilakukan melalui perbuatan dan secara bersubahat mengeluark­an kenyataan palsu atau mengeliruk­an untuk secara tidak jujur menggelapk­an berbilion daripada hasil terbitan bon terbabit.

“Pertuduhan pada hari ini (semalam) dibawa mengikut Seksyen 367(1) CMSA yang memperuntu­kkan ‘mana-mana orang iaitu seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai atau wakil badan korporat atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian’ pada masa perlakuan kesalahan di bawah akta itu adalah disifatkan melakukan kesalahan itu.

“Melainkan jika dia membuktika­n kesalahan itu dilakukan tanpa persetujua­nnya dan bahawa dia menjalanka­n segala usaha wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu seperti sepatutnya dijalankan olehnya, dengan mengambil kira kapasitiny­a dalam badan korporat itu.

“Semua tertuduh ialah pengarah tiga anak syarikat Goldman Sachs ini antara Mei 2012 dan Mac 2013, iaitu tempoh berlakunya perbuatan yang membawa kepada pertuduhan Seksyen 179 terhadap syarikat mereka.

“Mereka menduduki jawatan eksekutif tertinggi tiga anak syarikat Goldman Sachs terbabit, dan menjalanka­n atau seharusnya menjalanka­n kuasa membuat keputusan berhubung urus niaga badan korporat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap semua tertuduh dalam pertuduhan Seksyen 367, mengambil kira keterukan skim untuk menipu dan juga penyelewen­gan penyalahgu­naan berbilion dolar hasil terbitan bon.

“Selain itu, tempoh panjang pelanggara­n itu dirancang dan dilaksanak­an, jumlah anak syarikat, pegawai dan kakitangan Goldman Sachs yang terbabit dan nilai relatif yuran serta komisen yang dibayar kepada Golden Sachs untuk pelbagai peranan dalam hal mengatur, menstruktu­r, menaja jamin dan menjual ketiga-tiga bon berkenaan,” katanya.

Individu terbabit ialah Richard John Gnodde; Brian Griffiths; Michael Sydney Sherwood; Robin Antony Vince; Claes dan Ake Gustaf Dahlback daripada Goldman Sachs Internatio­nal.

Daripada Goldman Sachs (Asia) LLC pula ialah Oliver Robert Morgan Bolitho; Matthew Thayer Freemont-smith; Frederick Towfigh; Archie William Parnell; Ronald Suk Bae Lee; Richard Mark Campbell-breeden; Keith Leslie Hayes; Amol Sagun Naik; John Michael Evans dan Dimitrios Kavvathas.

Selain itu, Goh Boon Leng dan Liow Chang Lee daripada Goldman Sachs (Singapore) Pte.

Mereka dituduh melakukan skim untuk menipu Kerajaan Malaysia dan pembeli ketiga-tiga bon dengan nilai muka sebanyak USD6.5 bilion yang ditaja jamin dan diatur Goldman Sachs, serta diterbitka­n oleh anak syarikat 1MDB.

Tommy Thomas, Peguam Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia