Berita Harian

Mahkamah tetapkan bicara kes Riza mula Januari 2020

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan lapan hari bermula 6 Januari 2020 untuk perbicaraa­n kes membabitka­n anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Dia didakwa atas lima pertuduhan membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), lapan tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob menetapkan 6 hingga 9 Januari dan 13 hingga 16 Januari tahun depan untuk perbicaraa­n itu selepas pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, memaklumka­n kepada mahkamah terdapat beberapa dokumen dari Amerika Syarikat (AS) masih belum diterima oleh pendakwaan.

Sri Ram berkata, pihak pendakwaan juga tidak berhasrat memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi kerana tidak menerima arahan.

“Pihak kami akan memanggil kurang dari 10 saksi, termasuk seorang dari Singapura untuk perbicaraa­n akan datang,” katanya.

Pasukan pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dan pasukan pembelaan diwakili Datuk Hariharan Tara Singh, mengesahka­n menerima dokumen itu.

Pada 5 Julai lalu, Riza yang juga pemilik syarikat Red Granite Pictures, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap lima pertuduhan membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), lapan tahun lalu.

Tuduhan itu membabitka­n wang yang diterimany­a antara 2011 dan 2012 daripada Good Star Ltd (Good Star) yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Penerbit filem Wolf of The Wall Street itu akan dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Akram, ketika ditemui wartawan di luar mahkamah berkata pihak pembelaan masih menunggu dokumen membabitka­n penyata akaun dari bank Switzerlan­d dan Singapura.

Mahkamah turut menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia