Berita Harian

2.2 juta kenderaan dijangka guna 3 lebuh raya utama

Pengguna dinasihat buat persiapan rapi terutama pada waktu puncak

- Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 2.2 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT) setiap hari ketika waktu puncak sempena cuti Aidiladha.

Pengguna dinasihatk­an membuat persiapan rapi bagi melancarka­n perjalanan pulang ke kampung.

Dua juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Utara Selatan bermula semalam hingga 12 Ogos serta 17 dan 18 Ogos, peningkata­n 20 peratus berbanding hari biasa.

Bagi KLK serta LPT1 yang menjadi pintu masuk ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka dilalui 237,000 kenderaan untuk tempoh sama.

Bagi melancarka­n perjalanan pengguna, pengendali KLK dan LPT1, Anih Berhad mengeluark­an Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi tarikh semalam dan hari ini bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang.

Pengguna juga boleh menyemak nasihat perjalanan untuk perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 12, 17 dan 18 Ogos.

Bagi pilihan pertama untuk perjalanan keluar dari Plaza Tol Gombak bagi semalam dan hari ini, pengguna dinasihatk­an memasuki lebuh raya itu pada jam 6 hingga 10 pagi dan jam 12 tengah hari hingga 3 petang manakala pilihan kedua pula jam 5 petang hingga 8 malam serta jam 7 hingga 11 malam.

Pengguna kenderaan ringan disarankan mengelakka­n daripada memasuki Plaza Tol Gombak pada jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam kerana ia adalah waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi di pantai timur.

Bagi perjalanan dari Pahang, Terengganu dan Kelantan ke Lembah Klang pada 12, 17 dan 18 Ogos, pengguna dinasihatk­an memasuki plaza tol jam 6 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 1 petang, 5 petang hingga 9 malam manakala pilihan kedua pada jam 7 malam hingga 11 malam, 8 malam hingga 10 malam dan 9 malam hingga 12 tengah malam.

Tiada jadual perjalanan dikeluarka­n oleh pengendali Lebuhraya Utara Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

PLUS dalam kenyataan menasihatk­an pengguna lebuh raya melakukan persiapan rapi termasuk menambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal atau sebelum memulakan perjalanan kerana syarikat tidak menyediaka­n perkhidmat­an tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Bagaimanap­un, katanya, kira-kira 10,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go disediakan di seluruh negara merangkumi mesin ATM, hentian rehat dan rawat, stesen minyak, pasar raya, dan kios layan diri.

“Pengguna lebuh raya PLUS juga tidak boleh menggunaka­n perkhidmat­an e-wallet Paydirect ketika ini dan mereka dinasihatk­an menambah nilai kad Touch ‘n Go dan menggunaka­nnya untuk semua transaksi tol di lebuh raya kendalian PLUS.

“PLUS juga menasihatk­an pelanggan lebuh raya menggunaka­n Aplikasi PLUS bagi melihat gambar keadaan semasa lebuh raya dan mengikuti Twitter Plustrafik untuk mendapatka­n maklumat trafik terkini,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap ANIH Berhad berkata, pihaknya menasihatk­an pengguna merancang perjalanan dengan mengikuti TTA dikeluarka­n bagi mengurangk­an kesesakan teruk pada waktu puncak.

“Kita juga menasihatk­an semua pengguna memastikan baki kad Touch ‘n Go dan e-wallet RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan, maklumat trafik terkini boleh diketahui dengan menghubung­i talian bebas tol 1700-818-700 atau mengikuti laman Twitter @Lpttrafik,” katanya.

 ?? [Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din /BH] ?? Plaza Tol Gombak mula sesak pada jam 6 petang, semalam .
[Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din /BH] Plaza Tol Gombak mula sesak pada jam 6 petang, semalam .
 ?? [Foto Azhar Ramli /BH] ?? Aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi sesak dari arah Selatan ke Kuala Lumpur berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman.
[Foto Azhar Ramli /BH] Aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi sesak dari arah Selatan ke Kuala Lumpur berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia